Kerajaan negeri Melaka tidak akan membenarkan hotel dijadikan pusat kuarantin COVID-19 bagi mengelak sektor pelancongan, antara penyumbang utama ekonomi negeri, terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Rahmad Mariman, berkata kerajaan negeri kini bersiap sedia untuk membuka semula operasi dua pusat kuarantin berikutan pengumuman kerajaan yang tidak membenarkan mana-mana individu  pulang dari luar negara kuarantin di rumah bermula Jumaat ini.

Beliau berkata dua pusat kuarantin dicadangkan itu ialah di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE), di Alor Gajah, dekat sini, dan di Akademi Latihan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tiang Dua, di sini.

"Pusat kuarantin di CREaTE mampu menampung kira-kira 400  katil, manakala  Akademi Latihan JPJ mampu menyediakan 200 katil dan kerajaan negeri akan menetapkan salah satu dari pusat ini untuk dibuka semula sebagai persediaan menangani masalah ini.

"Kita jamin, harga yang akan ditawarkan nanti adalah lebih rendah  dengan kemudahan stesen kuarantin yang selesa berbanding RM150 yang dikenakan semalaman kepada pesakit yang menetap di pusat kuarantin di hotel," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Seri Negeri, hari ini.

Terdahulu, dalam persidangan itu semasa menjawab soalan lisan Datuk Tey Kok Kiew (Bandar Hilir-DAP) tentang jumlah bantuan disalurkan kerajaan negeri bagi membantu rakyat terjejas COVID-19, Rahmad berkata RM28.2 juta diperuntukkan melalui 28 inisiatif kerajaan negeri telah disalurkan sejak Mac lepas.

Katanya, tambahan RM12.4 juta menerusi kerjasama Majis Agama Islam Melaka (MAIM) turut disalurkan meliputi pelbagai bantuan untuk rakyat di negeri ini.

"Ia termasuk memperuntukkan sebanyak RM500,000 buat petugas barisan hadapan bagi tujuan pembayaran elaun makanan dan pembelian peralatan asas bagi memastikan kebajikan petugas ini terjamin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Sumber : BERNAMA

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
18 July 2021
Kenderaan masuk Kelantan dari arah Utara meningkat 5 peratus

Kemasukan kenderaan dari arah utara ke negeri ini menerusi Jalan Gerik-Jeli meningkat lima peratus sejak 16 Julai. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah, berkata pertambahan jumlah kenderaan dikesan dari Perak, Kedah dan Perlis. Bagaimanapun, katanya, tidak berlaku pertambahan jumlah kenderaan di pintu masuk di sekatan jalan raya Gua Musang dan Pasir […]

Selanjutnya
18 July 2021
Polis Terengganu perketat kawalan di pintu masuk, elak cubaan rentas negeri secara haram

Polis negeri Terengganu mengadakan kawalan ketat di pintu masuk utama ke negeri ini iaitu sempadan Terengganu/Kelantan dan Terengganu/Pahang serta laluan tikus bagi memastikan tiada cubaan rentas negeri secara tidak sah menjelang Aidiladha. Bagi memastikan kawalan berjalan lancar, pihak polis negeri Terengganu menambah kekuatan anggota di setiap sekatan jalan raya (SJR) iaitu daripada empat kepada enam […]

Selanjutnya
18 July 2021
Rakyat diingatkan tidak rentas daerah & negeri bagi sambutan Aidiladha 1442H

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengingatkan rakyat supaya tidak merentas daerah dan negeri untuk menyambut Aidiladha 1442 Hijrah minggu depan. Beliau berkata pertambahan kes dan kluster akibat rentas negeri ketika menyambut Aidilfitri pada Mei lepas perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak. “Rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan […]

Selanjutnya
18 July 2021
Perlis akan adakan Solat Aidiladha di tanah lapang, larang individu rentas negeri untuk turut serta

Seperti perayaan Aidilfitri sebelum ini, Perlis membenarkan solat sunat Aidiladha pada 20 Julai ini dilaksanakan di tanah lapang. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia selaras dengan sunnah selain dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup. "Solat akan dilaksana pada 8 pagi di tanah lapang pekarangan […]

Selanjutnya
18 July 2021
Kelonggaran SOP buat penerima dua dos vaksin COVID-19 : Kemungkinan dibenarkan rentas daerah & makan di restoran ?

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat dan satu inisiatif untuk terus bergerak ke hadapan sewaktu pandemik. Perdana Menteri berkata, kelonggaran tersebut sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Beliau turut […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram