5
(1)

Selama lebih dua milenium, kota purba Petra menjadi tumpuan, tetapi hari ini, kuil merah yang terkenal itu kosong dan sunyi sepi berikutan Jordan mengenakan sekatan pergerakan dan menutup sempadan sejak 16 Mac lalu.

"Ini adalah kali pertama saya lihat kawasan ini kosong. Biasanya beribu pelancong datang setiap tahun. Tetapi hari ini kita boleh dengar kicauan burung," kata penjaga kawasan bersejarah itu, Nayef Hilalat, 42.

Petra menjadi antara tujuh keajaiban dunia dan diiktiraf tapak warisan UNESCO sejak 1985, mercu tanda pelancongan di negara dan rantau itu malah pernah menjadi lokasi penggambaran filem Indiana Jones and the Last Crusade oleh Steven Spielberg pada tahun 1989, kini menjadi padang pasir tanpa kunjungan pelancong.

Lebih 200 pemandu pelancong dengan 1,500 pemilik kuda dan keldai tidak bekerja dan keadaan seperti satu malapetaka.

Jordan menerima kedatangan lebih lima juta pelancong setiap tahun dan menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 14 peratus dengan menggaji 100,000 pekerja.

Bapa kepada enam anak, Nawafleh berkata, sebelum ini beliau mampu peroleh AS$70 (RM299) sehari berdasarkan jumlah pengunjung, tetapi hari ini, tidak ada pelancong sama sekali dan ia tidak pernah berlaku sebelumnya.

Jordan sebelum pandemik COVID-19 berhadapan pengangguran pada 19.3 peratus pada suku pertama 2020.

Bersempadan dengan Syria dan Iraq yang dilanda konflik, dan kekurangan kekayaan minyak dari beberapa negara jirannya, Jordan berusaha untuk menghidupkan kembali industri pelancongannya.

Suleiman al-Farajat yang bertanggungjawab untuk pembangunan di Petra dan pelancongan berkata, tahun lalu menyaksikan 1.13 juta pelancong termasuk dari luar negara datang.

Lebih 80 peratus atau sekurang-kurangnya 38,000 penduduk di wilayah itu kebanyakannya adalah badwi nomad bergantung kepada sumber pelancongan secara atau tidak langsung.

"Kami berharap pelancong akan datang semula memandangkan negara kami antara yang kurang terkesan akibat pandemik itu," katanya.

Dengan populasi kira-kira 10 juta, Jordan secara rasminya merekodkan lebih 800 kes COVID-19 dengan sembilan kematian.

Ketua Lembaga Pelancongan Jordan, Abed al-Razzaq Arabiyat berkata, negaranya memperoleh AS$5.3 bilion (RM22.63 bilion) keuntungan, tetapi kini hampir kering dan berusaha mengatasi dengan langkah-langkah untuk pelancongan domestik.

Situasi itu turut memberi kesan muram kepada 45 hotel di Petra juga.

"Pandemik tiba ketika musim puncak kedatangan pelancong," kata pemilik dan Ketua Persatuan Hotel, Tarek Twissi.

Sumber : AFP

Kami Kongsi. Anda Terokai

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram