Ramai Tak tahu ! KTM Berhad punyai Pakej Edu-Rail Tourism
Surga Route
|
13 May 2020
Mesti ramai tak tahu , Keretapi Tanah Melayu Berhad , dikenali KTM Berhad ( akan disebut sebagai KTMB selepas ini) sebenarnya mempunyai pakej pelancongan rel berkonsepkan pelajaran (Edu-Rail Tourism ! Mesti selama ini kita fikir KTM Berhad (KTMB) ini kerjanya hanya membawa pengguna massa (Mass consumer) saja, kan?
Sedangkan, pakej pelancongan ini dah wujud sejak 2004 lagi ! Tapi, memang tak diketahui ramai. Jadi, memang tugas kami untuk berikan info sekadar pencarian kami mengenai produk pelancongan yang tak terkenal ni.
1. Pakej Jom Ronda-Ronda
Ini adalah pakej yang diperkenalkan sejak 2004. Cuma, ketika itu hanya 3 pakej ditawarkan kemudian sehingga kini mereka menawarkan 7 jenis pakej berbeza. Pakej ini mendapat kerjasama daripada unit KTM Holidays dan Event Management.
Pakej berbentuk pendidikan ini bertujuan memberi pengalaman menarik kepada orang awam, khususnya kanak-kanak menaiki tren dan berekreasi sambil mengunjungi lokasi menarik berhampiran rangkaian KTM Komuter.
Ini bolehlah dikatakan sebagai usaha mempromosi dan membudayakan penggunaan tren daripada pihak KTMB kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah. Ini sekali gus akan menggalakkan aktiviti pelancongan domestik melalui perkhidmatan rel. Pakej ini bermula dari RM70 hingga RM120 seorang.
Pakej 1 : Ronda-Ronda Kuala Lumpur
Dewasa : RM95.00 / Orang Kanak-kanak : RM85.00 / Orang
Peserta akan dibawa menaiki KTM Komuter dan juga bas bagi perjalanan Pergi dan Pulang
Lawatan ke Muzium Negara / Planetarium Negara / Muzium Bank Negara / Istana Negara / Tugu Negara
Lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur
2 Orang pegawai pengiring akan membawa peserta
Makanan Tengahari bagi peserta disediakan
Pakej 2 : Ronda-Ronda KLCC
Dewasa : RM120.00 / Orang Kanak-kanak : RM100.00 / Orang
Peserta dibawa menaiki tren KTM Komuter dan bas untuk perjalanan pergi dan balik
Dibawa melawat ke Petrosains dan Aquaria KLCC
2 Orang pegawai akan mengiringi peserta
Penyediaan makanan tengahari
Pakej 3 : Ronda-ronda Negeri Sembilan (Port Dickson & Ampangan)
Dewasa : RM75.00 / Orang Kanak-Kanak : 70.00 / Orang
Peserta dibawa menaiki tren KTM komuter dan bas untuk pergi dan balik
Lawatan ke Muzium Tentera Darat dan menjelajah terowong Komunis
Lawatan ke Ladang Burung Unta
2 orang pegawai pengiring
Makanan tengahari disediakan
Pakej 4 : Ronda-Ronda Negeri Sembilan (Pedas & Ampangan)
Sumber : wetworld waterparks
Dewasa : RM95.00 / Orang Kanak-kanak : RM90.00 / Orang
Menaiki tren KTM Komuter (pergi & balik)
Lawatan ke Ladang Burung Unta
Lawatan ke Pedas Wet World
2 orang pegawai pengiring
Disediakan Makan tengah hari
Pakej 5 :Ronda-Ronda Negeri Sembilan (Seremban 2 & Ampangan)
Dewasa : RM 75.00 / Orang Kanak-Kanak : RM 70.00
Menaiki Tren KTM Komuter dan Bas (perjalanan pergi & balik)
KL Upside Down House / Mini Zoo / Blue Coral Aquarium / XD Theatre
Aktiviti berkumpulan & Cenderahati
2 orang pegawai pengiring disertakan
Makanan tengahari juga turut disediakan
Jika diteliti dari huraian pakej, nampaknya aktiviti dicadangkan sangat sesuai dengan golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah yang menjadi kumpulan 'target' bagi pakej ini. Cikgu-cikgu bolehlah usulkan di mesyuarat nanti hehe.
Terma & Syarat
Jika anda berminat untuk menempah salah-satu dari pakej ini. Anda perlulah mempunyai kumpulan dengan minima 35 orang. Pengesahan tempahan pula perlulah ditetapkan 14 hari sebelum tarikh cadangan lawatan manakala bayaran mesti dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lawatan. Untuk maklumat lanjut , semak makalah promosi ini :
Sumber : KTM Berhad
2. Education Tour - Aircraft Hangar
Bagi golongan pelajar yang lebih dewasa, mungkin pakej yang disebutkan tadi tidak menjadi kegemaran. Ha, jangan risau. KTMB juga mempunyai pakej yang agak baru juga sejak KTM Skypark Link dibuka. Peserta akan dibawa dari KL Sentral ke Hangar pesawat yang terletak di Lapangan Terbang Subang.
Anda berminat untuk tahu lebih lanjut ? Hubungi KTM Holidays & Event Management : 03-2279 8861 . Beroperasi : Isnin-Jumaat 8:30AM-5:30PM
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]