MAHB jamin Lapangan Terbang selamat disebalik krisis COVID-19
Surga Route
|
9 June 2020
Sumber : New Straits Times
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi jaminan kepada pengembara bahawa lapangan terbangnya adalah selamat dan bersedia dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan aktiviti pelancongan dan penerbangan domestik dibuka semula.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata situasi di negara ini yang semakin pulih antaranya membabitkan penularan COVID-19, pemulihan dan pengurusan, serta kelonggaran sekatan pergerakan dijangka meningkatkan aktiviti perjalanan berbanding bulan sebelumnya.
"Hasrat utama kami adalah untuk memudahkan aliran penumpang yang selamat kepada tetamu yang tiba dan berlepas.
"Bermula daripada langkah penjarakan sosial yang tegas sehingga memastikan kesediaan peralatan perlindungan diri, MAHB menjadi pelengkap kepada protokol baharu rakan syarikat penerbangan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut MAHB, penumpang turut dilindungi aspek kesihatan dan keselamatan tambahan berikutan mereka boleh melalui pengalaman tanpa sentuh di lapangan terbang dengan pelaksanaan teknologi pengecaman wajah, imbasan keselamatan tanpa sentuh di pemeriksaan keselamatan dan pelindung kawalan bersin di kaunter.
"Pegawai pematuhan keselamatan di lapangan akan membuat rondaan di terminal untuk memastikan penjarakan sosial diamalkan secara bertanggungjawab oleh penumpang pada setiap masa," katanya.
Sementara itu, pengendali lapangan terbang itu berkata, ia bekerjasama rapat dengan peruncit untuk memastikan kawasan itu disanitasi, dan pada masa yang sama menggesa pelaksanaan pembayaran elektronik sepenuhnya menerusi aplikasi pembayaran mudah alih.
"Kami menyokong rakan runcit kami untuk membuka semula kedai mereka secara selamat. Selain Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai sanitasi dan pemeriksaan suhu badan, susun atur kedai turut diubah untuk melaksanakan penjarakan sosial," kata Mohd Shukrie.
Untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan langkah pembasmian kuman, Mohd Shukrie berkata pada masa ini, jawatankuasa khas COVID-19 yang terdiri daripada pengurusan lapangan terbang, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan berkaitan, berhasrat melaksanakan teknologi cahaya ultraungu (UV) dan automasi yang akan dipasang di tempat tumpuan ramai penumpang seperti tandas, kaunter tuntutan bagasi dan pelepasan imigresen.
"Robot cahaya UV akan digerakkan di kawasan awam untuk memastikan pembasmian kuman dilaksanakan di seluruh terminal," katanya.
MAHB kini menguruskan dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen.
Sumber : Business Turkey Today
Lapangan terbang di Malaysia itu terdiri daripada lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 landasan pendaratan dan pelepasan jarak pendek (STOL).
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]