Oleh kerana usaha membendung penularan wabak COVID-19 membuahkan hasil, kerajaan disana menyatakan bahawa pulau Bali yang begitu terkenal akan kembali dibuka kepada pelancong mulai 28 Mei 2020.
Ini bermakna, jika PKPB di Malaysia berakhir pada 9 Jun ini (InsyaAllah), antara destinasi luar negara yang anda boleh berkunjung adalah Bali !
Tetapi, bukan boleh sebarang pergi ye. Pasukan Petugas Khas untuk menangani COVID-19 provinsi Bali pula telah memperkenalkan peraturan yang ketat bagi pelawat yang akan datang ke Pulau tersebut. Ini adalah peraturan baharu tersebut :
Setiap pelancong yang ingin ke Bali, anda diwajibkan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian disini. Selepas berjaya menghantar borang permohonan tersebut, anda akan diberikan satu kod QR unik (khas untuk diri anda)
Kod QR itu akan menjadi bukti kepada pihak berkuasa disana bahawa anda telah menghantar borang permohonan.
2) Pamerkan Sijil Perakuan Negatif COVID-19 (PCR)
Jika anda ingin datang ke pulau tersebut melalui penerbangan (ya mestilah), anda mesti menunjukkan sijil perakuan bahawa anda negatif COVID-19 dari makmal hospital kerajaan atau makmal yang diiktiraf pihak pengurusan yang berkaitan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika disini.
Ujian yang mereka mahu pula adalah ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) , bukan sekadar menggunakan kit ujian pantas di Shopee atau Wechat. Semua tu palsu ! palsu !
Pada asalnya, ujian saringan COVID-19 dari KKM sememangnya menggunakan kaedah PCR . Cumanya, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membuat ujian besar-besaran.
Sesiapa yang tidak bergejala, tiada sejarah ke luar negara dalam masa terdekat, tiada kontak dengan pesakit berjangkit tidak akan disaring oleh pihak kerajaan . Ujian ini tidak murah untuk kerajaan sesuka hati buat ujian kepada semua rakyat. Jadi, anda boleh ke Hospital swasta sahaja dan gunakan duit sendiri.
Sijil itu pula hanya mempunyai tempoh sah selama 7 hari . Ini bermakna, waktu anda melakukan ujian dan ketibaan di Lapangan Terbang di Bali tidak boleh mempunyai sela masa lebih daripada 7 hari .
3) Perakuan Negatif dari kit ujian pantas jika anda hadir dari darat atau laut
Ini nampak macam ayat berlapik aje. Mudah kita faham, perjalanan dari darat kebanyakannya dilakukan oleh warga tempatan. Sebelum ini pula, kerajaan Indonesia memang banyak menggunakan kit ujian pantas untuk mengesan COVID-19.
Di Malaysia, kit ujian pantas ini juga telah digunakan sejak April dalam usaha kerajaan untuk melakukan lebih banyak ujian dan mendapatkan keputusan dengan lebih pantas. Tetapi, memandangkan kemungkinan besar anda akan ke Bali melalui jalan udara, maka anda tidak perlu untuk melakukan ujian menggunakan cara ini.
Ini pun sama, sah untuk 7 hari sahaja. Tak sempat anda nak berkayuh ke Bali.
Sebenarnya, pihak berkuasa di Bali masih menasihatkan orang ramai supaya tidak melawat Bali buat masa sekarang, kecuali jika ada urusan penting.
Tetapi, Gabenor Bali Wayan Koster mengatakan mereka mempunyai strategi pelancongan yang akan digunapakai selepas Bali pulih dari wabak COVID-19.
Menteri yang bertugas bagi Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan pula sudah menyatakan selain daripada Manado dan Batam, Bali juga akan menjadi salah satu destinasi yang akan dilonggarkan larangan dan sekatan. Macam PKP jadi PKPB la tu.
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]