Mahu bercuti ke Bali selepas PKP? Ini syarat yang anda perlu ikuti

Dikemas Kini: 30 Mei 2020
Surga Route

Oleh kerana usaha membendung penularan wabak COVID-19 membuahkan hasil, kerajaan disana menyatakan bahawa pulau Bali yang begitu terkenal akan kembali dibuka kepada pelancong mulai 28 Mei 2020.

Ini bermakna, jika PKPB di Malaysia berakhir pada 9 Jun ini (InsyaAllah), antara destinasi luar negara yang anda boleh berkunjung adalah Bali !

Tetapi, bukan boleh sebarang pergi ye. Pasukan Petugas Khas untuk menangani COVID-19 provinsi Bali pula telah memperkenalkan peraturan yang ketat bagi pelawat yang akan datang ke Pulau tersebut. Ini adalah peraturan baharu tersebut :


1) Mendapatkan Kod QR unik

Setiap pelancong yang ingin ke Bali, anda diwajibkan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian disini. Selepas berjaya menghantar borang permohonan tersebut, anda akan diberikan satu kod QR unik (khas untuk diri anda)

Kod QR itu akan menjadi bukti kepada pihak berkuasa disana bahawa anda telah menghantar borang permohonan.


2) Pamerkan Sijil Perakuan Negatif COVID-19 (PCR)

Jika anda ingin datang ke pulau tersebut melalui penerbangan (ya mestilah), anda mesti menunjukkan sijil perakuan bahawa anda negatif COVID-19 dari makmal hospital kerajaan atau makmal yang diiktiraf pihak pengurusan yang berkaitan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika disini.

Ujian yang mereka mahu pula adalah ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) , bukan sekadar menggunakan kit ujian pantas di Shopee atau Wechat. Semua tu palsu ! palsu !

Pada asalnya, ujian saringan COVID-19 dari KKM sememangnya menggunakan kaedah PCR . Cumanya, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membuat ujian besar-besaran.

Sesiapa yang tidak bergejala, tiada sejarah ke luar negara dalam masa terdekat, tiada kontak dengan pesakit berjangkit tidak akan disaring oleh pihak kerajaan . Ujian ini tidak murah untuk kerajaan sesuka hati buat ujian kepada semua rakyat. Jadi, anda boleh ke Hospital swasta sahaja dan gunakan duit sendiri.

Sijil itu pula hanya mempunyai tempoh sah selama 7 hari . Ini bermakna, waktu anda melakukan ujian dan ketibaan di Lapangan Terbang di Bali tidak boleh mempunyai sela masa lebih daripada 7 hari .


3) Perakuan Negatif dari kit ujian pantas jika anda hadir dari darat atau laut

Ini nampak macam ayat berlapik aje. Mudah kita faham, perjalanan dari darat kebanyakannya dilakukan oleh warga tempatan. Sebelum ini pula, kerajaan Indonesia memang banyak menggunakan kit ujian pantas untuk mengesan COVID-19.

Di Malaysia, kit ujian pantas ini juga telah digunakan sejak April dalam usaha kerajaan untuk melakukan lebih banyak ujian dan mendapatkan keputusan dengan lebih pantas. Tetapi, memandangkan kemungkinan besar anda akan ke Bali melalui jalan udara, maka anda tidak perlu untuk melakukan ujian menggunakan cara ini.

Ini pun sama, sah untuk 7 hari sahaja. Tak sempat anda nak berkayuh ke Bali.

Sedikit nota untuk anda

Sebenarnya, pihak berkuasa di Bali masih menasihatkan orang ramai supaya tidak melawat Bali buat masa sekarang, kecuali jika ada urusan penting.

Tetapi, Gabenor Bali Wayan Koster mengatakan mereka mempunyai strategi pelancongan yang akan digunapakai selepas Bali pulih dari wabak COVID-19.

Menteri yang bertugas bagi Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan pula sudah menyatakan selain daripada Manado dan Batam, Bali juga akan menjadi salah satu destinasi yang akan dilonggarkan larangan dan sekatan. Macam PKP jadi PKPB la tu.

Kalau tak berapa jelas, boleh baca disini . Sekian dari kami di SurgaRoute!

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram