Mahu ke luar negara selepas PKPP? Ini tips travel di era pandemik COVID-19 yang perlu anda tahu sebelum mula packing barang

Dikemas Kini: 12 Jun 2020
Surga Route

Covid-19 ini telah merebak diseluruh dunia! Negara-negara yang dilanda wabak ini pula memang tak pernah ambil ringan kerana wabak covid-19 ini telah meragut 423,844 nyawa (setakat artikel ini ditulis). Terpaksalah kerajaan di seluruh dunia mengehadkan pergerakan kita dan kita tidak boleh lagi bersosial seperti dahulu. Kerajaan sentiasa berpesan kepada rakyat untuk duduk dirumah kecuali untuk perkara yang perlu dan penting sahaja.

Disebabkan langkah yang diambil, nampak gayanya banyak kes di negara-negara luar dah semakin reda dan tak lama lagi perjalanan antarabngsa akan kembali. Tetapi, boleh ker kita travel macam dahulu ? Tidak.

Kita perlu travel dengan cara baharu di era pandemik COVID-19 kerana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dah beritahu covid-19 masih belum sampai ke penghujung jadi semua orang perlu berhati-hati termasuk ketika travel nanti.

Jadi, disini kami sertakan beberapa tips untuk anda apabila anda menjejakkan kaki diluar rumah untuk travel atau pergi kemana-mana sahaja. Jom kita lihat.

1) Uji kesihatan anda

Perkara yang paling penting sekali, anda mestilah melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan anda tidak dijangkiti virus Corona ( Covid-19 ). Takut-takut and menjadi pembawa wabak Covid-19. Pastikan anda juga tidak mempunyai simptom-simptom Covid-19 seperti demam, batuk, selsema, sukar bernafas.

Jika anda mempunyai salah satu atau kesemua gejala ini, anda tidak akan dibenarkan untuk meneruskan percutian anda. Maka akan terbantutlah niat anda untuk travel. Dikhabarkan jika anda pernah menghidap Covid-19 dan telah sembuh pun tidak akan dibenarkan travel. Sedih nyaa.

2) Dapatkan rekod kesihatan

Pastikan anda mempunyai kertas kerja atau rekod 'hitam putih' yang membuktikan anda sihat bagi melancarkan perjalanan percutian anda. Disebabkan wabak covid-19 yang telah menyerang seluruh dunia ini , rekod kesihatan anda akan menjadi kawan baik anda sepanjang manasa dimana jua and aberada.

Anda perlu bawa kemana-mana sahaja. Ianya sebagai bukti bahawa anda bukanla tergolong daripada pembawa virus Corona ini. Rekod kesihatan anda mestilah dikemaskini dalam masa sekurang-kurangnya 2 minggu yang lalu untuk memudahkan perjalanan anda.

3) Dapatkan rekod travel

Cara yang paling mudah untuk Covid-19 merebak adalah dengan aktiviti pelancongan. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan mempunyai kontak dengan orang lain. Kepada sesiapa yang tidak travel pada 14 hari yang lalu, mereka juga mempunyai risiko yang sama. Oleh itu, anda perlu menunjukkan 'travel history' anda sebelum anda berlepas untuk memastikan peluang untuk anda mendapatkan Covid-19 ini tipis atau tiada langsung.

4) Barang keperluan tambahan yang lengkap

Anda perlu memastikan kesemua barang keperluan tambahan bagi memastikan kebersihan diri anda wajib dibawa bersama. Contohnya seperti sanitizer, sarung tangan ( jika perlu ). Sebenarnya topeng muka tidak wajib dibawa ianya hanya untuk yang bergejala sahaja tapi anda boleh sahaja 'stand by' untuk bawa bersama anda. Selain itu, bagi mengelakkan anda menyentuh mana-mana permukaan, anda boleh menggunakan pencungkil gigi untuk menekan butang lif dan menekan ATM.

Namun hati-hati, selepas anda menggunakan sarung tangan ataupun pencungkil gigi, anda perlulah membuangnya dengan cara yang betul. Jangan ,meletakkan atau membuang di merata-rata tempat. Mana tahu ada virus di satung tangan atau pencungkil gigi yang telah anda gunakan tadi kan?

Dokumen travel anda boleh diletakkan didalam beg polythene ketika pemeriksaan bagasi dilakukan. Jangan lupa juga untuk lebih kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan memakai sanitizer.

5) Ingat & patuhi garis panduan norma baharu

Setelah anda melakukan kesemua 4 tips diatas, anda perlu ingat selalu garis panduan norma baharu kita ketika keluar. Amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 2 meter daripada orang ramai . Elakkan bersentuhan apa apa barang atau dengan sesiapa pun. Kalau boleh, elakkan juga dari pergi ke tempat yang sesak ramai orang. Guna sanitixer sahaja tidak mencukupi, yang penting anda mesti selalu membasuh tangan dengan sabun!

6) Amalkan tahap kebersihan yang lebih berbanding sebelum ini

tahap kebersihan elak covid-19

Amalkan tahap kebersihan yang lebih baik sebelum ini. Ini adalah tips mudah bukan sahaja dari kami, tetapi dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga. Antara rutin yang wajib dilakukan adalah membasuh tangan dengan cara yang betul dan dilakukan secara kerap agar diri kita selamat dari ancaman virus, kurang bakteria dan kuman.

Terutama sekali selepas memegang barang-barang milik awam yang telah disentuh oleh ramai orang sebelum itu. Bila travel, dah tentu kita akan sangat terdedah dengan perkara sebegini. Nak basuh tangan pun tak boleh, jadi boleh la gunakan pembasmi kuman alkohol atau hand sanitizer.

Ini cara betul untuk membersihkan tangan anda :

https://www.youtube.com/watch?v=IisgnbMfKvI

Kesimpulannya, jika anda travel anda ikutlah tips-tips diatas untuk kebaikan anda dan kita semua. Jangan jadi pembawa yang menyusahkan orang lain dan jangan membuka ruang untuk dijangkiti juga. Anda perlu ingat apabila anda menganggap setiap orang yang anda jumpa sebagai satu ancaman, anda juga boleh menjadi ancaman kepada orang lain. Jadi, jika anda rasa tidak sihat, terus pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan. Selamat bercuti dengan selamat semua!

Kami Kongsi. anda terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram