Walaupun pembangunan di seluruh dunia seperti terencat akibat pandemik COVID-19 yang melanda, namun masih ada berita baik buat Ummat Islam terutamanya di benua Afrika apabila sinar Islam di sana semakin berkembang. Terbaru, masjid ke-3 terbesar di dunia telah bertukar milik dari Masjid Imam Ali di Iraq kepada sebuah masjid baru di Algeria, benua Afrika.

Jika keadaan semakin pulih dan anda mempunyai peluang untuk kembali mengembara hingga ke bumi Afrika, jangan lepaskan peluang bagi mengunjungi masjid ke-3 terbesar dunia dan paling besar di Afrika iaitu MASJID BESAR ALGERIA di Algiers! Menurut Kementerian Kewangan negara tersebut, kos pembinaan masjid ini adalah melebihi AS$ 1 Billion (Melebihi RM4.16 Billion).

Kerja-kerja pembinaannya melibatkan masa selama tujuh tahun dan siap pada April 2019 tiga tahun di belakang jadual asal dan syarikat yang membinanya ialah Kejuruteraan Pembinaan Negara China (CSCEC) yang membawa masuk buruh dari negara tersebut.

Dikenali sebagai Djamaa ElDjazair, struktur moden bangunan tersebut seluas 27.75 hektar itu menduduki tempat ketiga sebagai masjid terbesar di belakang Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi. Mana tidaknya, masjid ini dianggarkan dapat menampung sehingga 120,000 jemaah pada satu-satu masa. Fuh ! Tapi disebabkan penjarakan fizikal yang perlu dilakukan akibat COVID-19, mungkin kapasiti masjid berkurang sedikit. Namun, jumlah sebenar kapasiti semasa COVID-19 masih belum dapat dipastikan.

Masjid itu mempunyai menara setinggi 267 meter iaitu tertinggi di dunia serta dilengkapi dengan lif dan terdapat platform menghadap pemandangan ibu kota Algeria dan Teluk Algiers. Sebelum ini menara masjid yang tertinggi ialah di bandar raya Casablanca, Maghribi iaitu setinggi 210 meter.

Selain gah dari luaran, ruang dalaman masjid itu juga tidak kurang hebatnya apabila menerapkan elemen seni bina Andalusia serta dihiasi dengan kayu, marmar dan batu putih.

Ia diharapkan menjadi pusat penyelidikan dan kebudayaan teologi dan turut mengandungi sebuah perpustakaan yang boleh memuatkan satu juta buku.

Namun, bagi para pengkritik, masjid itu merupakan satu projek sia-sia dan simbol kepada khayalan bekas Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika yang terpaksa meletakkan jawatan pada April tahun lalu selepas tunjuk perasaan besar-besaran berhubung pemerintahan autokratnya selama dua dekad.

Presiden negara itu, Abdelmadjid Tebboune sepatutnya hadir bagi merasmikan dewan solat masjid berkenaan yang mampu memuatkan seramai 120,000 jemaah menjelang sambutan keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Abdelmadjid Djerad dan pegawai kerajaan merasmikan dewan solat masjid tersebut bagi mewakili Tebboune. Ia adalah disebabkan Presiden Algeria dimasukkan ke sebuah hospital disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Sebelum ini, Tebboune menjalani kuarantin kendiri seminggu sebelum laporan beliau disyaki dijangkiti Covid-19.

1.5 2 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
12 March 2021
Taman Persahabatan Selangor-Jepun bernilai RM3.8 Juta mula dibuka

Setelah pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun tergendala akibat COVID-19, akhirnya orang ramai berpeluang juga mengunjungi taman yang terletak bersebelahan Dataran Kemerdekaan Shah Alam tersebut. Ia diharap dapat menjadi mercu tanda baharu di Selangor seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ! Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata taman yang menelan belanja RM3.8 […]

Selanjutnya
10 March 2021
Farm Ville Cafe & Homestay. Menginap dalam kontena di tengah sawah padi !

Jika anda mencari tempat yang santai dan mahukan persekitaran jauh dari kota , haa meh tengok perkongsian dari Cik Sara mengenai percutiannya ke Farm Ville Cafe & Homestay yang terletak di Sekinchan, Selangor. Menariknya di Farm Ville Cafe & Homestay ini adalah anda dapat merasa pengalaman tidur dalam kontena ! Ditambah pula dengan pemandangan sawah padi yang […]

Selanjutnya
10 March 2021
Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji selepas COVID-19 reda

Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji secara rasmi untuk jemaah Malaysia. Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di Riyadh. "Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada […]

Selanjutnya
9 March 2021
Pelancongan Rentas Negeri PKPP Dibenarkan, Hanya Menggunakan Kenderaan Pelancongan Berdaftar

Kerajaan telah mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari sesebuah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain. Bagaimanapun, kebenaran pergerakan merentas negeri itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat jawatankuasa teknikal meluluskan cadangan Kementerian […]

Selanjutnya
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram