Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur . Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965 pada kos RM10 Juta ketika itu, Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia .

Sehingga kini, masjid ini bukan sahaja menjadi ikon dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam, tetapi menjadi tumpuan para pelancong kerana keunikan seni bina dan juga sejarah pembinaannnya.

Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia , Bangunan Daya Bumi , Pos Besar Malaysia , Muzium Kesenian Islam , Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana .

Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk dan masjid ini boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus untuk pelancong luar dan dalam negara. 

Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan pula dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi.

Ia direka bentuk oleh orang berketurunan Melayu, dibina oleh orang berketurunan Cina dan India dan dibiayai oleh sumbangan masyarakat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. 

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh para arkitek Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya.

Sejarah Pembinaan Masjid Negara

Datuk Baharuddin Abu Kassim merupakan arkitek utama yang bertanggungjawab di dalam mereka bentuk seni bina Masjid ini bersama-sama dengan rakannya, Hisham Al-Bakri dan di bawah penyeliaan seorang arkitek berasal dari Scoland iaitu Howard Ashley yang bekerja di Malaysia selama 11 tahun.

Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Datuk Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Datuk Baharuddin kemudiannya telah memberi idea dan ilham di dalam menghasiilkan sebuah seni bina masterpiece yang tidak pernah lagi dibina sebelum itu.

Sekali pandang, menaranya berukuran 245 kaki tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbungnya kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang. 

Terdapat tiga buah pintu besar dan sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Di tingkat bawah ruang depan terdapat beberapa buah bilik untuk berwuduk, bilik mandi, tempat menyimpan kasut dan bilik berehat bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke dewan sembahyang di tingkat pertama terdapat sebuah halaman besar. Di bahagian tengah halaman ini terdapat 48 kaki payung konkrit manakala di rusuknya pula terdapat kolam-kolam beserta beberapa buah pancuran. Dewan sembahyang itu bertembok konkrit tetulang dan dilekapkan dengan batu marmar Itali.

Terdapat sembilan buah pintu lorot aluminium di sepanjang tiga bahagian tembok berkenaan. Beberapa potong ayat al-Quran ditulis melintangi tembok di atas pintu bahagian dalam dewan sembahyang itu. Tulisan berukuran dua kaki tinggi diadun dengan mozek keemasan dan kebiruan yang berkilat. Bumbungnya yang beropol itu menyinarkan cahaya merah mawar, disulami pula di tengah-tengahnya oleh terawang kekisi terrazzo di sepanjang galeri. Bumbung konkritnya berbentuk payung kembang dan dihiasi dengan mozek kaca dan emas putih. 

Bumbung yang berukuran 84 kaki tinggi itu mempunyai garis pusat sepanjang 200 kaki dan disokong oleh 16 buah batang tiang yang ukuran garis pusatnya sepanjang 3 kaki. Tiang-tiang itu diturap dengan terrazzo. Di tengah-tengah bumbung itu terdapat sebuah aluminium yang diukir dengan ayat al-Quran – seperti replika kubah Masjid Biru di Istanbul,Turki.

Dahulu bentuk mihrabnya berbentuk bersegi seperti pintu tetapi telah diubah suai melengkung seperti gerbang. Mihrab ini bertatahkan ayat-ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Muka tembok yang mengelilingi mihrab ini diubah suai mengikut seni bina Morocco. Mimbar, tempat imam berkhutbah pula terletak di sebelah kanan mihrab. Mimbar yang berbentuk seperti beranda ini dibina daripada kayu. 

Menganjung dari keempat-empat bahagian tembok itu pula terletak sebuah galeri untuk kaum wanita dan para pelawat yang ingin melihat bahagian dalam dewan sembahyang tersebut. Bahagian dalam galeri itu dihiasi oleh kekisi yang awan laratnya jelas menunjukkan kebudayaan Islam dan menyerupai pula awan larat yang terdapat di Masjid Taj Mahal dan Patehphur Sikri di India. Bahagian luarnya diturap dengan kekisi terrazzo.

Kesembilan-sembilan buah pintu dan kekisi galeri membawa cahaya matahari ke dalam dewan sembahyang itu di samping lampu-lampu berhias, lampu-lampu tersembunyi di roset aluminium di bumbung serta 16 buah tepak lampu (chandelier) kurniaan raja-raja, gabenor-gabenor dan bekas Yang Di Pertua Negara Singapura. 

Dewan sembahyang itu dapat memuatkan 3,000 jemaah dan berupaya menampung 5,000 orang lagi di beranda yang terdapat di ketiga-tiga rusuk bahagian dewan itu. Beranda itu terlindung dari luar oleh tirai kekisi dari aluminium dengan terawangnya berawan larat Islam asli. Lantainya dibina daripada kepingan terrazo manakala bumbungnya pula dibina daripada konkrit serta mempunyai beberapa kubah kubah kecil yang dibina daripada mozek biru. Di sebelah barat komplek itu terdapat dewan persidangan.

Perkara yang menarik ialah bumbung konkritnya yang berombak-ombak. Dewan ini bertiraikan kekisi terrazo di luarnya. Dewan yang berhawa dingin ini dapat memuatkan 500 orang wakil persidangan keagamaan. Di sini juga terdapat sebuah perpustakaan.


Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagi Tunku, masjid ini akan melambangkan perpaduan rakyat Negara. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”. Mungkin disebabkan masjid ini adalah simbol milik semua rakyat yang memanggil Malaysia sebagai negara mereka.

Sumber : JAKIM

KAMI KONGSI.ANDA TEROKAI

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
21 June 2021
Kolam renang lutsinar buatkan anda seperti terapung di tengah London

Baru-baru ini, sebuah kolam renang lutsinar yang dibina antara dua bangunan tinggi di barat daya London mula menjadi perhatian ramai. Disifatkan sebagai jambatan kolam renang lutinsar pertama dunia dan struktur akrilik terbesar, Sky pool terletak antara dua bangunan kediaman mewah iaitu Embassy Gardens di Nine Elms. Dengan ketinggian 30 meter, kolam lutsinar itu mempunyai kedalaman […]

Selanjutnya
21 June 2021
Kerajaan pertimbang kelonggaran termasuk kebenaran rentas negeri buat mereka yang lengkap dos vaksin COVID-19

Kerajaan sedang memperhalusi beberapa kelonggaran termasuk kebenaran untuk merentas negeri kepada mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19. Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa kumpulan kerja teknikal yang dianggotai oleh kumpulan pakar kesihatan dan sains akan mengemukakan syor untuk memberi kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 kepada Majlis Keselamatan Negara […]

Selanjutnya
21 June 2021
Industri penerbangan dijangka pulih bermula 2022

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menjangkakan industri penerbangan akan kembali pulih bermula tahun 2022 dengan pembukaan semula perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa secara berperingkat. Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk […]

Selanjutnya
20 June 2021
DBKL perkenal lintasan pejalan kaki ala 'Shibuya Crossing' di Bukit Bintang bermula 19 Jun

Nampaknya mereka yang melawat kawasan Bukit Bintang akan dapat melihat atau merasai pengalaman ratusan pejalan kaki melintas persimpangan jalan melalui pelbagai arah secara serentak seperti lintasan pejalan kaki yang terkenal iaitu 'Shibuya Crossing' yang terletak di Tokyo, Jepun. Bermula Sabtu iaitu 19 Jun 2021, DBKL telah mengaplikasikan “scramble pedestrian crossing” persimpangan Jalan Bukit Bintang dan […]

Selanjutnya
20 June 2021
Pakar kesihatan Thailand desak tangguh pembukaan Phuket untuk pelancong bermula 1 Julai

Baru-baru ini kerajaan Thailand melalui Perdana Menteri mereka mengumumkan bahawa kerajaan negara tersebut bersedia membuka sempadan untuk sektor pelancongan bermula 1 Julai 2021 di Phuket melalui program Phuket Sandbox dan seterusnya akan diperluaskan lagi ke wilayah-wilayah lain sehingga Oktober 2021. Keputusan tersebut dilakukan setelah mempertimbangkan kelangsungan hidup rakyatnya dan pemberian vaksin COVID-19 yang telah bermula. […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram