PRODUK pelancongan bersejarah di Langkawi, Kota Mahsuri yang hampir 'terkubur' selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dibuka bermula hari ini.
Kota yang menempatkan Makam Mahsuri itu juga masih mampu mengekalkan 58 kakitangannya menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengurusnya, Hisham Yem berkata, sebelum pembukaan, pihaknya perlu melakukan pembaikan dan pembersihan disebabkan pokok tumbang yang merosakkan beberapa kemudahan.
"Lebih RM20,000 kami rugi akibat ribut yang menyebabkan pokok tumbang, selain ada papan tanda yang diterbangkan angin.
"Kita juga terpaksa menutup kemudahan lain seperti beberapa rumah di Kampung Kedah daripada dikunjungi kerana perlu masa untuk dibaik pulih," katanya ketika ditemui.
Sumber : Naturally Langkawi
Hisham berkata, sejak minggu lalu, kakitangan bahagian seni dan kebudayaan kembali membuat latihan bagi menerima kehadiran pengunjung.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan semua persembahan termasuk silat dan teater mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 ditetapkan kerajaan.
"Begitu juga dengan pengunjung, dewan yang mampu memuatkan kira-kira 50 orang sebelum ini kita hadkan kepada 15 orang sahaja untuk penjarakan sosial tempat duduk," katanya.
Menurutnya, sempena pembukaan semula itu, pihaknya menawarkan potongan harga tiket daripada RM12 kepada RM10 bagi dewasa, dan kakak-kanak RM6 daripada RM8.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]