Mini Zoo Teruntum dah dibuka 16 Jun, terowong Sungai Lembing pula minggu depan!

Dikemas Kini: 18 Jun 2020
Surga Route

MINI Zoo Taman Teruntum yang menjadi daya tarikan orang ramai mula dibuka 16 Jun.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, mini zoo sebelum ini ditutup sementara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Katanya, hanya 50 pengunjung dibenarkan pada satu masa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sehubungan itu, orang ramai boleh mengunjungi Mini Zoo Teruntum yang dibuka pada 9 pagi hingga 7 malam setiap hari.

"Bayaran tiket RM2 dan RM4, masing-masing dikenakan kepada kanak-kanak dan dewasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Terowong Sungai Lembing yang ditutup sejak PKP lalu dijangka dibuka minggu depan.

Katanya, kedua-dua kawasan pelancongan itu ditutup sejak PKP pada 18 Mac lalu, dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19.

"Oleh itu, orang ramai perlu mengamalkan normal baharu dalam menjalankan aktiviti harian termasuk penjarakan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram