MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan memperoleh kembali mendapatkan momentum dan jumlah penumpang yang normal susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membolehkan perjalanan dan pelancongan domestik dilakukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, sejak dua hari lalu, ia menyaksikan pergerakan penerbangan ditawarkan syarikat penerbangan tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat beransur-ansur dengan purata penerbangan harian bertambah 15 peratus kepada 122 daripada 97 penerbangan.

"Ini perkembangan memberangsangkan bagi industri perjalanan udara.

Momentum serupa turut dilihat di lapangan terbang antarabangsa dan domestik lain di seluruh negara selain pergerakan penumpang meningkat tiga kali ganda sejak beberapa hari lalu apabila kawalan pergerakan dilonggarkan.

"Komuniti lapangan terbang, termasuk rakan syarikat penerbangan dan peruncit kami, berkongsi keyakinan sama bahawa pelonggaran sekatan pergerakan tidak hanya dilaksanakan di Malaysia malah negara lain di seluruh dunia.

Sumber : TripSavvy

"Kami menyambut baik langkah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk merancakkan kembali pelancongan domestik dengan melancarkan pelan pemulihan Cuti-Cuti Malaysia dan kami juga menantikan saat sempadan antarabangsa dibuka semula," katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, MAHB menyaksikan beberapa negara seperti Singapura, China, New Zealand dan Australia melaksanakan travel bubble' (gelembung perjalanan) atau koridor perjalanan selamat antara mereka.

"Kami harap Malaysia juga dapat melihat ini berlaku tidak lama lagi," katanya.

Gelembung perjalanan usaha menghubungkan semula negara atau negeri yang mencapai tahap kejayaan baik dalam membendung wabak Covid-19 di peringkat domestik.

Pendekatan ini membenarkan kumpulan negara atau negeri menawarkan semula hubungan perdagangan antara satu sama lain, serta memulakan kembali momentum sektor seperti pelancongan dan perjalanan.

Tiga syarikat penerbangan utama Malaysia -- Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air -- telah membuka semula laluan penerbangan tempatan dan giat memberi tawaran untuk menarik minat rakyat Malaysia bercuti dan mengalami perjalanan tempatan selepas tiga bulan berada di rumah.

Katanya, ini sebagai tambahan kepada pelaksanaan protokol keselamatan perjalanan yang dipertingkatkan di lapangan terbang dan penerbangan untuk memberi jaminan kepada penumpang bahawa kesejahteraan mereka akan dilindungi.

Sumber : HMetro

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
26 February 2021
Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021

Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]

Selanjutnya
25 February 2021
Malaysia Airlines mahu perkenal pas kesihatan perjalanan pasca COVID-19

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]

Selanjutnya
23 February 2021
Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]

Selanjutnya
23 February 2021
COVID19 berakhir pada awal 2022 - Pakar

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram