Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau dalam bahasa Inggeris, Ministry Of Tourism And Culture (MOTAC) hari ini (10 Jun 2020) melancarkan kempen Penyemarakan Semula Pelancongan Domestik sebagai langkah pemulihan sektor itu, yang terjejas susulan penularan COVID-19.

Menteri yang bertugas di MOTAC, Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri berkata menerusi kempen itu beberapa langkah merangkumi Pelan Pemulihan Pelancongan dan Pelan Pemulihan Kebudayaan diperkenal untuk merancakkan semula sektor berkenaan khususnya pelancongan domestik.

Walaupun kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) dibatalkan sebelum ini, beliau berkata, usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang selamat akan diteruskan.

"Sebagai permulaan, kita mahu ia (pelan pemulihan) dibuktikan menerusi pelancongan domestik. Kita sendiri harus memainkan peranan menyemarakkan semula industri pelancongan negara, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi pada masa depan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini, antara lain menyaksikan aktiviti pelancongan domestik dibuka semula.

Nancy berkata, MOTAC mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) terperinci dan khusus kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi lapan subsektor untuk tujuan pembukaan pelancongan domestik.

Lapan subsektor itu adalah pameran hasil seni, budaya dan warisan di premis dan fasiliti awam kebudayaan; premis penginapan hotel, syarikat pengendali pelancongan, pemanduan pemandu pelancong; operasi institut latihan pelancongan; program pengalaman inap desa; aktiviti pelancongan pengembaraan dan aktiviti lasak serta aktiviti selam skuba dan snorkeling.

Bagi merancakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan negara, Nancy berkata, strategi awal pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan sudah dikenal pasti, antaranya mengutamakan platform digital seperti media sosial, laman blog, laman sesawang, e-pasaran dan sebagainya.

Bagi memastikan industri pelancongan terus berdaya saing, Nancy menjelaskan MOTAC melaksanakan beberapa inisiatif dalam membantu meringankan beban penggiat industri pelancongan menangani impak wabak pandemik COVID-19.

Antaranya pelaksanaan kursus 'Domestic Tourism Vibes' secara dalam talian mulai Mei hingga Disember ini kepada kumpulan pemandu pelancong berlesen yang akan tamat tempoh dalam tahun ini.

Selain itu, pengecualian kompaun kepada pengusaha pelancong dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen dalam tempoh ditetapkan disebabkan tempoh PKP.

Mengenai pelan pemulihan sektor kebudayaan, katanya, beberapa inisiatif diperkenalkan dalam talian sepanjang tempoh empat PKP dan PKPB iaitu program pembangunan dan pengembangan seni budaya serta program pemasaran dan promosi.

Nancy berkata, tinjauan Tourism Malaysia ke atas persepsi rakyat mengenai pelancongan domestik selepas PKP ke atas 13,797 individu di negara ini mendapati 50.9 peratus responden mempercayai melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.

Sejumlah 84.2 peratus percaya COVID-19 mempengaruhi sikap mereka untuk mengembara dan 71.3 peratus memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan berbanding ke luar negara.

Jelasnya, tinjauan turut mendapati bahawa 30.7 peratus individu dalam kajian ingin bercuti antara enam bulan sehingga setahun diikuti 22.8 peratus (dua hingga enam bulan) dan 22.6 peratus kurang dari dua minggu.

Untuk mengetahui lebih jelas mengenai pelan pemulihan yang diperkenalkan oleh MOTAC, baca disini

Sumber : BERNAMA

Lebih banyak berita disini

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
17 May 2022
Malaysia Airlines Mohon Maaf Susulan Insiden Penumpang Kepanasan Di Dalam Kabin 3 Pesawat

Sebelum ini kami pernah siarkan berkenaan insiden penghawa dingin yang tidak dapat dihidupkan dalam kabin pesawat milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dengan nombor penerbangan MH2710 yang sepatutnya membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 8 Mei lalu. BACA : Dibiar Kepanasan Dalam Pesawat Hampir 1 Jam, Penumpang Malaysia Airlines Kecewa 'Aircond' Tidak Berfungsi […]

Selanjutnya
17 May 2022
Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]

Selanjutnya
13 May 2022
MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]

Selanjutnya
13 May 2022
Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang¬†dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]

Selanjutnya
12 May 2022
Silverlakes Village Outlet Bakal Dibuka di Batu Gajah, Perak. Hanya 30 Minit Dari Bandaraya Ipoh !

Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram