Ini negara Eropah yang akan buka semula pintu buat pelancong bermula Jun 2020
Surga Route
|
27 May 2020
Walaupun antara benua paling teruk terjejas COVID-19, namun benua Eropah kini telah mulakan langkah untuk kembali membuka sektor ekonomi mereka, termasuk pelancongan.
Minggu lalu, European Commission (EU) mengumumkan rancangan untuk menyelamatkan pelancongan musim panas (summer holidays) untuk membantu industri pelancongan yang sudahpun nyawa-nyawa ikan. Rancangan itu merangkumi pembukaan sempadan dan persiapan prosedur keselamatan.
Walaupun masih ada tanda tanya dan amaran dari pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mengenai gelombang kedua COVID-19, ketiadaan vaksin dan sebagainya, boleh tahan banyak juga negara Eropah merancang untuk membuka kembali sektor pelancongan mereka bermula Jun. Apadehal.
Di artikel ini kami akan senaraikan antara negara Eropah yang kembali membuka sempadan mereka buat pelancong :
Portugal
Sumber : Travel.Earth
Menurut Reuters , Portugal adalah salah-satu negara Eropah yang terawal membuka semula sempadan untuk pelancong. Sebelum ini, Portugal telah pun melonggarkan sekatan di negara mereka dengan membenarkan beberapa jenis komersil dibuka seawal bulan Mac 2020.
Untuk rekod (setakat 27 Mei 2020), Portugal masih rileks dengan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 30,000 orang walaupun berjiran dengan Sepanyol yang sudah pun mempunyai 283,000 kes jangkitan.
Kata Augusto Santos Silva, pelancong dijemput untuk melawat Portugal. Tetapi, sebagai langkah keselamatan mereka akan melakukan saringan kesihatan di lapangan terbang untuk sesiapa yang baru tiba.
Pintu Portuugal dibuka untuk pelancong
Augusto Santos Silva (Menteri Luar Negara Portugal)
Bagaimanapun, disebabkan tiada penerbangan dari luar EU dibenarkan memasuki benua itu sehingga 15 Jun nanti, ini bermakna kebanyakan pelancong pada peringkat awal adalah dari warga Eropah.
Iceland
Sumber : Follow me away
Salah satu negara paling hijau di Eropah , Iceland juga dijadualkan untuk kembali membuka pintu sempada mereka seawal 15 Jun 2020. Perdana Menteri mereka berkata, mereka bercadang untuk melakukan ujian COVID-19 pada semua yang baru tiba dari luar negara. Sesiapa yang didapati negatif akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, sesiapa yang positif, perlu untuk melakukan proses kuarantin secara kendiri (self isolate)
Greece
Sumber: Lonely Planet
Ha, sesiapa yang bercadang nak ke Santorini, dah boleh pasang semula cita-cita itu. Mungkin dah boleh terus buat perancangan kerana Greece dijangka membuka semula pintu buat pelancong pada pertengahan Jun nanti. Perdana Menteri Greece berkata, mereka akan melakukan saringan kesihatan di lapangan terbang dan akan menyemak suhu badan pelancong di Hotel dan Restoran-Restoran.
Itali
Sumber : Fodors Travel Guide
Macam tak percaya kan? Pada Mac dulu, heboh juga di Malaysia mengenai Itali disebabkan kes jangkitan wabak COVID-19 mereka yang mencapai ratusan ribu. Itali juga adalah negara Eropah yang menjalani proses lockdown paling lama, bermula 10 Mac hingga 4 Mei.
Tetapi kini, Itali dilaporkan untuk membenarkan perjalanan antarabangsa bermula 3 Jun. Bermula tarikh yang sama juga, sesiapa yang baru tiba dari luar negara tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
Jerman
Sumber : The Independent
Sebahagian sempadan Jerman dengan negara jirannya seperti Austria, Switzerland, dan Perancis telah pun mula dibuka pada 16 Mei yang lalu dalam keadaan kawalan yang ketat. Namun, tarikh 15 Jun ditetapkan sebagai tarikh untuk mereka melonggarkan sepenuhnya sempadan dan sekatan perjalanan antara negara EU.
Austria
Austria dilaporkan bakal membuka sepenuhnya pintu sempadan mereka buat negara EU secara rasmi pada 15 Jun 2020. Sebelum ini, Austria membuka beberapa pintu sempadan mereka secara terhad. Antaranya sempadan Hungary bagi memudahkan sesiapa yang tinggal dan bekerja di antara dua negara tersebut.
Perancis
Sumber : Lifestyle Asia Hong Kong
Sebelum ini, hanya kemasukan warga ke Perancis melalui zon sempadan terbuuka Schengen tidak dikenakan proses kuarantin 14-hari. Namun, bermula 15 Jun, Perancis akan membuka sepenuhnya sempadan mereka buat negara EU yang lain.
Sepanyol
Sumber : Culture Trip
Buat waktu ini, Sepanyol telah pun membuka pintu sempadan mereka. Tetapi, sesiapa yang memasuki negara tersebut perlu menjalani kuarantin wajib 14-hari. Namun, bermula Julai 2020, Sepanyol dijangka memansuhkan kuarantin wajib tersebut bagi menjemput lebih ramai pelancong asing. Menteri Luar Sepanyol, Arancha Gonzalez Laya di menerusi ciapan di twitter :
"Kita sudah melalui fasa terburuk.
"Julai nanti kita akan buka Sepanyol untuk pelancong antarabangsa, mansuhkan kuarantin, dan pastikan piawaian keselamatan dan kesihatan dalam tahap terbaik. Kami menunggu anda !
Arancha Gonzalez Laya
Le plus dur est derrière nous. En juillet nous allons
➡️ ouvrir graduellement 🇪🇸 aux touristes internationaux ➡️ lever les mesures de quarantaine ➡️ assurer les plus hauts standards de santé et sécurité
— Arancha González (@AranchaGlezLaya) May 25, 2020
Nampaknya walaupun banyak negara Eropah membuka sempadan mereka untuk sektor pelancongan, tumpuan hanya terarah untuk pelancong dari benua tersebut juga. Pelancong dari benua lain ? Sama-sama kita nantikan.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]