0
(0)

Kita straight to the point je, kalau anda nak tengok senarai negara asia yang masih dibuka untuk pelancong klik disini , selain itu negara di benua Eropah pula sudah bersedia untuk menerima pelancong musim panas bermula Jun ini, klik disini. Walaupun tak terkenal di kalangan pelancong Malaysia, tetapi kami telah siapkan artikel sama mengenai negara di Caribbean. Sekarang kami akan ceritakan kepada anda mengenai negara di benua Afrika pula.

Kesemua artikel tersebut termasuk artikel ini berpandukan data yang hanya sah pada waktu artikel ditulis.

Ethiopia

Jangan tersilap dengan terma Utopia pula hehe. Ethipoia adalah sebuah negara di Afrika Timur. Penemuan barangan arkeologi membuktikan kawasan ini telah diduduki lebih 3 juta tahun yang lalu.

Antara tarikan terkenal di Ethiopia adalah Simien Mountain, dan juga Erta Ale iaitu gunung berapi aktif dengan muntahan lahar.Di waktu covid-19 ini, sempadan darat Ethiopia ditutup tetapi lapangan terbang dibuka dengan kawalan ketat. Jikalau anda mempunyai simptom menghidapi COVID-19, anda berkemungkinan besar akan dipindahkan ke fasiliti pengasingan.

Tanzania

Tanzania yang juga berada di Afrika Timur adalah negara yang terkenal dengan 'safari' antaranya adalah Serengeti National Park yang merupakan kawasan lapang dipenuhi oleh haiwan 'big five' iaitu gajah, singa, harimau bintang, kerbau dan juga badak sumbu.

Nama Tanzania juga sinonim dengan Kilimanjaro Nationak Park iaitu lokasi terletaknya gunung tertinggi di benua Afrika.

Pada masa artikel ini ditulis, Tanzania telah mengembalikan operasi penerbangan antarabangsa. Proses kuarantin secara mandatori juga tidak lagi dikenakan, kecuali jika seseorang mempunyai simptom COVID-19. Peralatan untuk pemeriksaan kesihatan masih lagi dipasang di lapangan terbang.

Zambia

Sempadan Zambia masih kekal dibuka tetapi dikawal dengan sangat ketat. Pelancong yang datang ke Zambia akan dikenakan ujian swab COVID-19 sebaik sahaja tiba.

Sesiaoa yang memasuki Zambia juga perlu menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari di fasiliti yang diselia oleh kerajaan. Selagi tidak habis kuarantin 14 hari, seseorang tidak dibenarkan keluar, apatah lagi keluar dari Zambia.

Visa pelancongan ke Zambia telah pun dibatalkan. Lapangan terbang utama mereka iaitu Kenneth Kaund International Airport dibuka untuk penerbangan antarabangsa bagaimanapun kesemua lapangan terbang di kawasan lain masih ditutup untuk laluan antarabangsa.

Setakat ini, hanya 3 negara ini sahaja yang membuka sempadan mereka di Afrika. Walaupun sempadan dibuka, tetapi dilakukan dengan berhati-hati dan memastikan pemeriksaaan yang ketat dijalankan di pintu masuk negara. Selain itu, bagaimana dengan negara Afrika yang lain?

Status negara lain

Selain itu, ini status dan larangan yang masih berkutkuasa di negara Afrika yang lain, kebanyakan daripada mereka masih menutup sempadan negara dengan ketat :

  • Algeria: Kesemua penerbangan antarabangsa dari dan ke Algeria digantung buat sementara. Tak cukup dengan itu, kesemua sempadan darat juga ditutup dan servis feri turut diberhentikan sementara waktu.
  • Angola: Semua penerbangan dijadualkan berlepas dari, dan tiba ke Angola telah diberhentikan.
  • Benin: Kemasukan dan keluar di sempadan negara dihadkan untuk "keperluan terlalu mendesak". Terma asal dalam bahasa Inggeris "Extreme necessity".
  • Botswana: Kesemua sempadan Botswana ditutup, kecuali kepada penduduk dan warganegara. Buat masa ini, tiada penerbangan komersil memasuki dan keluar dari Botswana
  • Cameroon: Kesemua sempadan ditutup. Kesemua penerbangan antarabangsa dientikan dan semua visa kemasukan ke negara tersebut telah digantung.
  • Chad: Pihak Autoriti telah menutup lapangan terbang untuk penumpang sekurang-kurangnya sehingga 15 Jun.
  • Comoros: Kesemua penerbanan antarabangsa dihentikan sementara sehingga notis lanjut diberikan. Pelabuhan ditutup buat negara lain yang terkesan dengan COVID-19. Selain itu, kawalan imigresen, pemeriksaan yang dipertingkatkan dan pelbagai lagi langkah keselamatan telah diperkenalkan untuk mengekang penularan COVID-19.
  • Ivory Coast : Kesemua penerbangan antarabangsa digantung, noktah.
  • Djibouti: Kesemua penerbangan komersil membawa penumpang dari dan ke Djibouti , serta semua sempadan darat ditutup sekurang-kurangnya sehingga 1 September 2020.
  • Mesir: Kesemua penerbangan antarabangsa digantung sementara
  • Eritrea: Asmara International Airport ditutup dan semua visa kemasukan digantung
  • Gabon: Kesemua sempadan telah ditutup dan pihak autoriti telah mengumumkan penggantungan kesemua penerbangan antarabangsa sehingga notis berikutnya. Permohonan visa kemasukan dari rakyat negara asing yang terkesan COVID-19 digantung sementara.
  • The Gambia: Lapangan terbang ditutup buat pesawat penumpang.
     
  • Ghana: Kesemua penerbangan antarabangsa digantung.
  • Guinea: Lapangan Terbang Conakry ditutup sehingga pengumuman lanjut diberikan dan semua sempadan telah ditutup.
  • Kenya: Kesemua penerbangan antarabangsa dari dan ke Kenya telah digantung. Sempadan antara Kenya dan Uganda pula telah ditutup untuk kenderaan dan pejalan kaki.
  • Liberia: Kerajaan Liberia telah mengumumkan penggantungan kesemua penerbangan komersil.
  • Madagascar: Madagascar telah menggantung kesemua penerbangan domestik dan antarabangsa sehingga notis berikutnya.
  • Malawi: Pelawat dari negara berisiko tinggi coronavirus tidak dibenarkan memasuki Malawi kecuali jika memiliki permit penduduk.
  • Mali: Penerbangan komersil telah digantung.
  • Mauritania: Penerbangan antara Mauritania dan kesemua negara lain telah digantung buat sementara.
  • Mauritius: Tiada penerbangan komersil.
  • Maghribi: Kesemua penerbangan komersil dari dan ke Maghribi telah digantung buat sementara. Perkhidmatan feri mengangkut penumpang yang menghubungkan Maghribi dengan Sepanyol dan Gibraltar juga digantung.
  • Mozambique: Kerajaan Mozambique hanya membenarkan warganegara atau penduduk tetap sahaja untuk memasuki negara tersebut. Larangan ini berkuatkuasa sehingga notis selanjutnya.
  • Nigeria: Kesemua penerbangan penumpang sektor antarabangsa dilarang memasuki dan keluar dari Nigeria Perintah ini dikatakan untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga 23 Mei. Tetapi setakat artikel ini ditulis, tahun 2020 telah pun sampai ke Jun.
  • Rwanda: Rwanda telah menggantung semua penerbangan ke dan dari Lapangan Antarabangsa Kigali. 
  • Seychelles: Seychelles telah mentup sempadan mereka buat sesiapa dari Eropah.
  • Sierra Leone: Kerajaan Sierra Leone telah mengumumkan bahawa kesemua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Freetown telah dihentikan dan sempadan di darat juga ditutup sehingga notis lanjut.
  • Afrika Selatan: ruang udara Afrika Selatan telah ditutup untuk pesawat dari syarikat penerbangan komersil.
  • Sudan: Pihak Aurotiti di Sudan telah menutup semua sempadan luar.
  • Namibia: Statu kecemasan telah diumumkan pada 17 Mac yang lalu, yang melarang sebarang kemasukan warga asing ke Namibia, jika warga asing tersebut berasal dari negara yang terkesan dengan COVID-19.
  • Nigeria: Kesemua lapangan terbang di Nigeria ditutup untuk penerbangan komersil laluan antarabangsa sekurang-kurangnya sehingga 4 Jun.
  • Sao Tome and Principe: Kemasukan semua pelawat asing dilarang.  
  • Senegal:  Larangan semua penerbangan udar bersifat komersil sedang dilaksanakan .
  • St Helena: Kesemua perjalanan tidak penting ( Non-Essential Travel) ke St Helena telah digantung. Kerajaan hanya membenarkan penduduk, pegawai teknikal korporat, seseorang yang membuat perjalanan untuk menyambut Ascension dan sesiapa yang mempunyai kebenaran dari pihak kerajaan. St Helena juga telah mengawal semua kapal persiaran ke St Helena berkuatkuasa serta-merta. Keputusan tersebut akan dikaji semula selepas 3 bulan (dari tempoh kuatkuasa) . St Helena menyeru para pelancong untuk tidak membatalkan perjalanan mereka, tetapi adjust sikit tarikh tu. 
  • Tunisia: Penerbangan antara Tunisi dan kesemua negara lain telah diberhentikan buat sementara waktu. Walaubagaimanapun, Tunisia dijangka membuka pintu sempadan mereka untuk pelancong bermula 27 Jun ini.
  • Uganda: Kesemua penerbangan membawa penumpang laluan antarabangsa telah digantung buat sementara waktu.

Fuh penat tulis, sekian bubbye !

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram