3 negeri dilanda 'Tsunami pelancong domestik'. Sudah 3,000 tempahan hotel telah dicatat sejak PKPP

Dikemas Kini: 12 Jun 2020
Surga Route

Bagai Tsunami yang membadai laju, sebaik sahaja pengumuman pelancongan domestik dibenarkan, rata-rata rakyat Malaysia tidak menunggu lama untuk melancong setelah hampir 3 bulan tidak ke sana, ke sini dan kini bersedia untuk merentas negeri.

Pahang

Dengar khabar, di Pahang, sudah lebih 3000 unit bilik penginapan telah ditempah membabitkan lebih 500 hotel, motel, resort, chalet dan homestay. Angka itupun hanyalah sehingga 12 malam 7 Jun yang lalu iaitu hari yang sama pengumuman PKPP dibuat oleh Tan Sri Mahyuddin, Tok Abah Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata Cameron Highland menunjukkan peningkatan mendadak dengan jumlah tempahan melebihi 300 bilik sebaik sahaja kebenaran untuk melancong di destinasi tempatan diiumukan.

“Sebagai contoh, sebuah hotel di Cameron Highlands menerima lebih 300 tempahan bilik dalam hanya beberapa jam selepas pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin”.

Maklum balas dari Mybha (Persatuan Hotel Bajet Malaysia Cawangan Pahang ) juga menunjukkan perkembangan yang baik dalam kalangan ahlinya.

Selain Cameron Highlands, destinasi lain di Pahang seperti Kuantan, Cherating dan Rompin juga mula menerima tempahan daripada pelancong.

Kataya, beberapa hotel terkemuka di Taman Negara juga telah mula mendapat tempahan. Agensi Pelancongan Taman Negara yang terpilih juga telah menerima tempahan baru.

Melihat kepada peningkatan tempahan bilik ini, beliau menasihatkan agensi pelancongan dan resort perlu menyesuaikan aktiviti dan produk yang bersesuai.kerana buat masa ini aktiviti seperti kolam renang, skuba, taman tema masih belum di buka.

"Memandangkan secara tradisinya pasaran Taman Negara sebahagian besar terdiri dari pasaran antarabangsa (66 peratus), agensi pelancongan dan resort perlu menyesuaikan aktiviti dan produk bersesuaian untuk menarik pasaran tempatan."

"Selain itu, sambutan bagi Pulau Tioman juga menampakkan perkembangan positif. Bagaimanapun aktiviti laut seperti skuba dan snorkeling masih belum dibuka. Ini agak mengesankan memandangkan aktiviti-aktiviti ini merupakan produk penting bagi Pulau Tioman."

"Genting Highlands masih belum dibuka memandangkan aktiviti utamanya, taman tema belum boleh dibenarkan operasinya oleh pihak kerajaan, sungguh pun begitu Genting Premium Outlet (GPO) sudah dibuka sebahagiannya."

Keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri dan pelancongan domestik telah memperlihatkan permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan-bulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19.

Katanya lagi, Negeri Pahang yakin bahawa industri pelancongan di negeri tersebut akan mendapat manfaat dari kebenaran rentas negeri dan sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) keselamatan khusus untuk dilaksanakan di semua hotel, resort di negeri ini.

Pihak penggiat pelancongan di negeri Pahang juga memberi reaksi positif daripada keputusan kerajaan itu dan menjangkakan akan terus berlaku peningkatan dalam pelancongan domestik dan bersedia memastikan SOP ditetapkan dipatuhi.

Kerajaan Negeri Pahang juga akan akur dan patuh dengan segala SOP yang ditetapkan kerajaan dan jika berlaku kes jangkitan COVID-19, hotel atau resort terlibat akan segera ditutup.

Negeri Pahang akan terus membantu dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi memastikan industri pelancongan khususnya sektor perhotelan dapat dipulihkan kembali selepas terjejas teruk ekoran pandemik COVID-19.

Melaka

Manakala di Melaka, pantai peranginan popular Pengkalan Balak dan Padang Kemunting, Masjid Tanah, Alor Gajah mula dipenuhi dengan manusia bersempena dengan cuti hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong hari ini.

Hotel-hotel seperti Puteri Qashrina Chalet dan Hotel De Mawardah pula mula mendapat tempahan bilik. Antara aktiviti yang ditawarkan oleh pihak adalah melawat kampung unik, bengkel pembuatan makanan dan kraftangan di Melaka.

Negeri Sembilan

Dalam perkembangan lain, di Negeri Sembilan pula, kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk membuka muzium dalam tempoh seminggu lagi atau sebelum akhir bulan ini (Bulan Jun).

Keputusan kerajaan persekutuan melalui Majlis Keselamatan Negara yang membenarkan aktiviti merentas negeri dan pelancongan domestik memperlihatkan permulaan positif bagi industri pelancongan tempatan untuk bangkit semula selepas berbulan-bulan mengalami kemerosotan kesan daripada krisis pandemik COVID-19.

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram