0
(0)

Kelonggaran yang diberi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah masa yang tepat untuk bercuti dengan peluang merasai pakej pelancongan bertaraf ‘kayangan’ pada harga murah. Wow !

Yelah, rata-rata pusat pelancongan mula memberikan diskaun besar-besaran dan juga promosi lain dalam usaha mereka untuk kembali bernyawa dalam industri. Jadinya, kalau harga penginapan dulunya bertaraf kayangan, kini harganya diturunkan bagi menjemput pelancong untuk kembali memeriahkan sektor ini.

Bukan itu sahaja, pelancong juga berpeluang mendapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara sehingga 31 Dis 2021.

Rata-Rata pelancong yang berkunjung ke Terengganu berkata inisiatif kerajaan dan kesediaan pemain industri memberi diskaun luar biasa itu mampu merancakkan kembali sektor pelancongan setelah negara terkesan dengan COVID-19.

Jamaliah Abd Rahman, 43, dari Selangor, berkata beliau berkunjung ke Terengganu bersama tiga rakannya bermula 12 Jun lalu dan membayar dua bilik hotel pada kadar yang hampir sama dengan sebuah bilik sebelum ini.

“Bayangkan kalau dulu kena bayar satu bilik pada harga lebih RM190 dua hari satu malam, sekarang hanya RM95 sebilik bagi tempoh yang sama. Jika keadaan sebegini berterusan, negeri-negeri lain juga akan saya kunjungi.

“Ada juga rakan saya menginap di resort terkenal di sebuah pulau di sini, yang dahulunya berharga lebih RM1,700 semalaman kini boleh dapat diskaun sehingga 40 peratus. Bukan itu sahaja… pakej itu juga termasuk makan dan minum serta aktiviti lain,” katanya yang ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

 Sementara itu, para pengusaha hotel juga boleh menarik nafas lega dengan memanfaatkan sepenuhnya Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Pemilik Terrapuri Heritage Village Alex Lee Yun Ping berkata keprihatinan kerajaan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan sudah tentu akan menyelamatkan perniagaan mereka yang terjejas teruk.

Pelepasan cukai pendapatan individu adalah perancangan yang sangat baik dan bagi menggerakkan semula industri, semua pihak termasuk Jabatan Pelancongan serta kerajaan negeri perlu memainkan peranan.

Meskipun begitu, Alex berkata pengusaha hotel bertaraf empat dan tiga bintang tidak boleh terlalu ekstrim dalam memberi diskaun bagi mengelak merosakkan industri serta menyebabkan hotel bajet tertekan dan gagal beroperasi.

“Bayangkan bagaimana keadaan hotel bajet jika hotel ternama tetapkan harga hanya RM80 untuk semalam. Adakah hotel bajet perlu tetapkan RM40 sahaja sedangkan ia tidak akan cukup untuk membayar kos pekerja serta operasi.

“Saya berharap bantuan menerusi PENJANA akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai pengusaha yang sedang hadapi kesukaran,” katanya.

Bagi membantu sektor pelancongan, pembiayaan bernilai RM1 bilion akan disediakan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS agar terus berdaya maju dan berdaya saing dalam era normal baharu.

Terrapuri Heritage Village, yang menyajikan penginapan dalam suasana kampung seperti zaman silam, turut tidak terkecuali memberikan pakej murah kepada pengunjung dan menurut Alex, pakej yang biasanya RM1,200 semalam kini hanya bermula pada kadar RM690 semalam.

Pengurus Besar Primula Beach Hotel Suaibah Harun pula berkata kemudahan pembiayaan menerusi PENJANA sememangnya meringankan beban pengusaha terutama dengan adanya pengecualian cukai perkhidmatan untuk hotel.

“Keadaan itu mengurangkan beban majikan untuk membayar cukai serta membolehkan kelangsungan perniagaan. Galakkan orang tempatan supaya melancong dalam negara juga mampu menambah pendapatan pengusaha.

‘Paling penting ketika ini ialah supaya bisnes dapat bertahan dan menampung sedikit sebanyak gaji pekerja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jom lah kita sama-sama melancong dalam negara dan ambil kesempatan untuk merasai pakej kayangan yang sebelum ini hanya mampu dilihat. Orang putih kata, Once in a lifetime . Anda riang, pengusaha pelancongan tempatan pun senang !

Sumber : BERNAMA

Kami Kongsi. Anda Terokai

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram