Jangkaan norma baharu travel pasca pandemik COVID-19

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Pandemik COVID-19 bukan sahaja sudah membunuh ribuan nyawa, tetapi turut membunuh pelbagai sektor industri dan perdagangan. Antara yang turut terkesan adalah sektor pelancongan yang dinilai berjumlah 5.29$ Trillion di seluruh dunia pada 2017 (Oxford Economics). Selambe aje si corona ni.

Hampir seluruh penduduk dunia diarahkan untuk tetap berada di rumah, syarikat penerbangan hampir muflis, syarikat pelancongan merehatkan pekerja, hotel kini menjadi 'hospital'. Sektor pelancongan pasti akan dimulakan semula dengan norma baharu. In antaranya :


Pelancongan domestik akan diutamakan

Kebanyakan pakar dalam industri ini mengatakan kita akan travel semula. Tetapi ramai pelancong akan mengutamakan destinasi domestik, rentas negeri atau mana-mana tempat pelancongan yang berdekatan dengan rumah dahulu. Perjalanan antabarangsa atau rentas negara, kebanyakan masyarakat akan tunggu bila mereka rasakan selamat.

Tetapi, pakar mengatakan, untuk masyarakat berasa selamat pun akan mengambil masa yang lama. Walaupun vaksin tersedia nanti (insyaAllah) , masih ramai lagi masyarakat akan fikir 2-3 kali untuk kembali melancong. Yelah, vaksin memang ada. Tapi, prevention is better than cure.

Bagaimanapun, pelancongan domestik ini sangat bagus kerana ia membantu untuk kembali membina ekonomi negara yang terjejas teruk. Kalau bukan rakyat negara sendiri yang bantu, siapa lagi kan? hashtag kita jaga kita !


Roadtrip before Air journey

Kedua, pakar dunia mengatakan kebanyakan pelancong akan beralih arah untuk memilih perjalanan darat berbanding menaiki penerbangan. Kecuali, tempat yang memang tak boleh diakses menggunakan darat. Kalau nak pergi London dari KL tu dah sah-sah naik flight.

Contohnya begini, jika dahulu mungkin ramai yang memilih untuk menaiki penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, namun di era norma baharu nanti mungkin lebih ramai akan memilih perjalanan darat kerana risiko jangkitan yang rendah. Tidak kira menggunakan keretapi, bas, ataupun kenderaan persendirian.

Contoh kedua, jika pelancong diberi pilihan untuk bercuti di destinasi yang memerlukan mereka untuk menaiki penerbangan dan destinasti yang boleh diakses menggunakan darat. Mereka akan memilih yang boleh diakses menggunakan darat. Nampak gayanya norma baharu nanti berkuranglah gambar passport dan boarding pass di instagram.


Travel secara bermusim atau peringkat

Kajian daripada Imperial College , London pula mengatakan kerajaan perlu selalu on dan off arahan PKP (lockdown di sana). Ini perlu dibuat supaya institusi kesihatan sentiasa cukup untuk menampung jumlah pesakit COVID-19. Kalau on lockdown sepanjang masa , nanti ekonomi lumpuh. Kalau off sepanjang masa, memang rebah semua frontliner, hancur institusi kesihatan. Jadi, pelancong pun kejap boleh travel, kejap tak boleh. Eh


Packing list pun berbeza

Kalau dulu kebanyakan pelancong tak kisahkan soal kesihatan. Di era norma baharu, penjagaan kesihatan adalah wajib. Sama ada dari kesedaran sendiri atau kerana peraturan. Kita akan travel dengan membawa topeng muka (facemask) , gel pencuci (hand sanitizer) , ubat-ubatan. Selain itu, kalau dahulu ramai berani travel tanpa insurans, mungkin akan berubah di era norma baharu nanti.


Kos travel yang lebih mahal

Akibat pelbagai prosedur keselamatan yang dikenakan pihak berkuasa dan juga pelbagai risiko yang akan dihadapi, kos travel akan meningkat. Antaranya adalah tambang penerbangan yang pasti akan meningkat jika polisi social distancing dikenakan di atas penerbangan. Selain itu, anda mungkin memerlukan insurans tambahan kerana risiko jangkitan wabak COVID-19.


Barisan di Lapangan Terbang yang pasti lebih panjang

Jika sebelum ini kita perlu beratur panjang di lapangan terbang hanya di kaunter imigresen. Di era norma baharu, para pelancong mungkin perlu beratur lebih banyak lagi.

Pertama, kaunter imigresen pasti akan lebih rumit prosedurnya bagi menapis kemasukan warga asing dari negara yang mempunyai kes jangkitan tinggi.

Kedua, para pelancong pasti akan dipaksa untuk mengisi lebih banyak borang mengenai maklumat diri dan status kesihatan. Selain itu, para pelancong juga mungkin akan menghadapi saringan kesihatan.

Kita sudah melihat China, Singapura, dan Korea Selatan yang begitu bimbang mengenai jangkitan baru yang datang dari luar negara. Korea memerintahkan semua orang yang masuk dari Amerika Syarikat dan Eropah untuk dikuarantin selama dua minggu, walaupun mereka diuji negatif untuk COVID-19. Tidak mustahil, prosedur yang sama akan berlaku di semua negara. Siap sedia untuk beratur, lakukan swab test dan menunggu keputusan.


Pelancong memerlukan lebih dari sekadar passport

Jika sebelum ini pelancong hanya perlu untuk membawa passport dan visa (jika perlu), tetapi selepas ini kerajaan setiap negara pasti akan lebih tegas untuk membendung penularan wabak COVID-19 dari luar. Untuk memastikan tiada penularan dari warga asing, para pelancong pasti akan diminta rekod kesihatan , ditanyakan tujuan ke negara tersebut , perakuan atau kebenaran perjalanan dari doktor , imuniti dan sebagainya. Fuh ! Macam kena soal siasat.


Penggunaan Teknologi dengan lebih meluas

Disebabkan banyak perkara yang perlu diketahui oleh kerajaan setiap negara sebelum membenarkan kemasukan pelancong, dokumen di atas kertas mungkin menjadi terlalu sukar untuk digunakan. Nampaknya, norma baharu travel selepas ini mungkin sarat dengan teknologi. Antaranya penggunaan passport digital yang mempunyai rekod kesihatan, sejarah perjalanan dan sebagainya, dikumpulkan di bawah profil yang sama.

Penggunaan kamera termal di lapangan terbang semakin meluas. Pelbagai aplikasi mengesan simptom dan penelusuran kontak (contact tracing) kini mula dibangunkan di banyak negara. Apple dan Google antara syarikat yang hampir menyiapkankan skema perisian penelusuran kontak untuk pembangunan aplikasi.

Begitulah antara jangkaan norma baharu yang perlu dihadapi oleh pelancong menurut beberapa pakar dalam industri pelancongan. Jadi macamana? Bersediakah kita?

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram