strawberry terengganu

Orang Pantai Timur Tak Perlu Lagi ke Cameron Highlands, di Terengganu Pun Ada Strawberi !

Dikemas Kini: 9 November 2023
Surga Route

Berita baik untuk rakyat Pantai Timur, khususnya Terengganu kerana anda tidak perlu susah-susah lagi ke Cameron Highlands bagi mendapatkan buah strawberi segar. Ini kerana buah strawberi boleh didapati secara segar di negeri anda. Lokasinya ialah di halaman rumah Ramli Yusof, 55 yang terletak di alamat Kampung Berangan Pak Ayu, di Bukit Payong.

image 9 35

Di halaman rumah Ramli mempunyai buah strawberi yang segar kemerahan seakan berada di Cameron Highland.

Menurut Ramli atau mesra dipanggil ustaz Ramli buah strawberi yang hidup di sini asalnya ditanam sekitar 50 pokok sahaja sejak dua tahun lepas sebagai hobi.

Hikmah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama kira-kira tiga bulan sejak Mac lepas telah memberi kesempatan beliau untuk meluangkan masa di kebunnya, yang sehingga kini mempunyai 1,200 pokok strawberi terdiri daripada pelbagai jenis.

Kebunnya kini yang dinamakan ‘Strawberry_Tokki’ mendapat perhatian dan orang ramai mula datang berkunjung untuk melihat dan merasai sendiri buah strawberi yang ditanam di sini.

Kebun mini ‘Strawberry_Tokki’ yang dibuka setiap Jumaat dan Sabtu itu tidak henti didatangi pengunjung termasuk dari luar Terengganu. Apa yang menarik, anda boleh merasai buah strawberi ini secara percuma kerana apa yang dijual di sini ialah hanya anak pokok strawberi dengan harga antara RM15 hingga RM20.

Namun sejak kes COVID-19 yang semakin meningkat semula beliau mengehadkan jumlah kedatangan pengunjung untuk menjaga SOP (prosedur operasi standard).

Namun anda tak perlu risau jika tidak boleh datang ke sana kerana menurut beliau, anda juga boleh mendapatkan anak pokok ini secara atas talian!

Boleh hubungi beliau di keterangan di bawah:

  • No Tel : 013-975 6245
  • Alamat : Kg Berangan Pak Ayu, Bukit Payong, Marang, Terengganu.
  • Facebook : Strawberry_Tokki
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram