Anda ingat lagi tak? Setelah hampir tiga tahun beroperasi, taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak pada telah memaklumkan penutupan operasi sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kerana kos yang ditanggung untuk menampung operasi daripada kerajaan Perak sangat tinggi, tetapi jumlah pengunjung yang kurang dan tidak menguntungkan.

Tetapi, kerajaan Perak kini sedang giat menarik beberapa pelabur dalam mengambil alih pengurusan Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) dan merancakkan semula taman tema itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, taman tema berkenaan mempunyai harapan untuk dibuka semula dan pihak yang berkaitan kini sedang mencari operator untuk mengambil alih.

"Memang harapannya begitu (dibuka semula) tetapi sekarang ia di bawah proses pencairan aset dan mereka cuba mencari operator untuk mengambil alih pengurusan.

"Jadi ada harapan MAPS untuk dibuka semula, tetapi ianya bukan di bawah kerajaan negeri lagi tetapi di bawah syarikat swasta," katanya selepas merasmikan Pameran Promosi Perak sebagai 'Green State' di Ipoh, hari ini

Turut hadir, Presiden Malaysia Inbound Chinese Association (MICA), Datuk Dr Angie Ng Wai Sam; Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif The Haven Resort Hotel, Peter Chan.

Nolee Ashilin berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat menetapkan jangkamasa pembukaan semula taman tema berkenaan.

NSTP sebelum ini melaporkan MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta ditutup 28 Januari lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, setakat ini sebanyak 24 hotel di negeri sudah mendapat sijil kelulusan kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan melalui Garis Panduan Amalan Terbaik Produk Pelancongan Negeri Perak.

"Dalam tempoh dua minggu ini kita memberi fokus kepada hotel dan selepas ini pensijilan akan diteruskan kepada rumah inap dan lain-lain.

"Melalui SOP kita berharap pemain industri menggunakan konsep pelancongan normal baharu dapat memberi perkhidmatan terbaik dan memastikan pelancong berasa selamat untuk melancong di negeri ini," katanya.

Sementara itu, MICA memperkenalkan konsep pelancongan normal baharunya 'friend, family, fun freebie (Foliday).

"Ini adalah berbeza daripada konsep pelancongan yang kita mempromosikan sebelum ini dan kita jadikan penanda aras untuk kejayaan industri pelancongan negeri ini," katanya.

Macamana ? Nampaknya sesiapa yang belum sempat merasai pengalaman di MAPS Ipoh ini mungkin akan dapat peluang selepas ini.

Sumber: Harian Metro

Kami Kongsi. Anda Terokai

1.5 2 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram