Pengecualian Cukai Pelancongan sehingga Jun 2021, Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM1000 - Terima Kasih 'Abah' dan 'Paksu'

Dikemas Kini: 12 Jun 2020
Surga Route

Kita mengetahui, krisis pandemik COVID-19 betul-betul memberi kesan terhadap sektor ekonomi dan pelancongan. Mujur, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pelan yang mesra rakyat dalam usaha untuk memulihkan sektor pelancongan tempatan.

Sudah tentu kita patut berterima kasih kepada 'Abah' rakyat Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga 'paksu' , Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. Orang kata, minta duit dari paksu memang senang dapat hehe.

Kerajaan telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu sektor-sektor ekonomi di Malaysia, antara yang terlibat adalah pelancongan.

Pengecualian cukai pelancongan bagi tempoh bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 adalah antara langkah diputuskan kerajaan untuk mengaktifkan semula industri itu di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu kerajaan juga memberi penangguhan bayaran ansuran anggaran cukai ke atas industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan sehingga hujung tahun ini. Sebelum ini, inisiatif tersebut telah diperkenal cuma ianya bertarikh dari 1 April lepas sehingga 30 September namun kini ia dilanjutkan tiga bulan lagi mulai 1 Oktober hingga 31 Disember.

Langkah ketiga menurutnya adalah, pengecualian cukai ke atas perkhidmatan penginapan turut diberi mulai 1 September hingga 30 Jun tahun depan.

"Langkah keempat adalah, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara, yang telah diberikan (sebelum ini) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

"Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara juga akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021," katanya ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen.

"Sektor pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19. Justeru untuk mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan, empat langkah cukai ini akan kita laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek di sini pada Jumaat.

Selain itu, untuk membantu sektor pelancongan, Muhyiddin menjelaskan Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bernilai RM1 bilion akan ditawarkan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS sektor pelancongan agar terus berdaya saing dalam era normal baharu.

Katanya, perincian dana itu akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada Julai depan.

Macamana, seronok tak ?

Sumber : Astro Awani

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram