Menarik, Perkampungan Al-Quran dan masjid ke-3 akan dibangunkan di Putrajaya

Tag:
Dikemas Kini: 24 Julai 2020
Surga Route

Alhamdulillah, nampaknya Putrajaya bakal memiliki Perkampungan Al-Quran yang dicadang dibangunkan dengan kos kira-kira RM150 juta.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata antara lain perkampungan itu akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan 'al-Quran' bernilai RM50 juta.

KONGSI DENGAN MASYARAKAT

"Di sini kita akan memperluaskan Putrajaya sebagai satu tempat bagaimana ilmu al-Quran itu dapat dikongsi dengan khalayak masyarakat dalam bentuk yang lebih berkesan dan bermakna termasuk mewujudkan beberapa studio yang akan membuat kupasan-kupasan ilmu al-Quran dalam pelbagai bentuk dan aspek," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menyempurnakan sumbangan 50 naskhah al-Quran Mushaf Putrajaya yang diterbitkan sempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya kepada surau utama Parlimen di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sebelum ini, Annuar dilapor berkata bahawa masjid baharu itu yang juga masjid ketiga di Putrajaya akan dibina di Presint 14.

PERKAMPUNGAN AL-QURAN PERLUASKAN IDENTITI ISLAM

Beliau berkata ini pembinaan perkampungan Al-Quran antara langkah oleh pihaknya untuk memperluaskan lagi identiti bandar pentadbiran negara itu yang sinonim dengan seni bina serta 'roh' Islam dan juga lokasi pusat pencetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.

"Saya rasa Putrajaya sangatlah bernasib baik kerana pembangunan bandar ini kita kaitkannya dengan Islam, seni bina Islam, ilmu Islam serta roh Islam dan ini menjadi satu tanggungjawab kita terutama sekali kita di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

"Kita mesti benar-benar mempamerkan kecaknaan kita terhadap kepentingan agama, maka perkampungan al-Quran, percetakan al-Quran dan hal-hal berkaitan dengan pembelajaran al-Quran menjadi satu perkara difokuskan kementerian," katanya.

Mengenai Mushaf Putrajaya, Annuar berkata ia menonjolkan rekaan struktur dan motif yang diperoleh daripada artifak, warisan seni bina, seni reka tekstil serta logam yang terdapat di Putrajaya.

SUMBER : BERNAMA

Kami Kongsi. Anda Terokai

4.5 4 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Sebelum ini, kami pernah menyiarkan artikel mengenai idea pembinaan Perkampungan Al-Quran atau 'Quranic Village' dan juga masjid ke-3 di Putrajaya. Idea tersebut telah dicetuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan semasa iaitu Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa , yang juga merupakan ahli parlimen Ketereh, baca lanjut disini. […]

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram