light show singapore

Persembahan cahaya dan muzik yang anda mesti tonton di Singapura 2020

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Mungkin jika anda mencari persembahan atau tarian kebudayaan tradisional , maka Singapura tak akan masuk dalam senarai pun. Tetapi, negara yang pesat dengan pembangunan teknologi ini mempunyai ganti kepada persembahan tradisional. Mereka memanfaatkan teknologi multimedia untuk melakukan persembahan cahaya dan muzikal bagi menyampaikan 1001 cerita.

Pelbagai tema yang dipaparkan dari pelbagai persembahan. Bermula dari kisah dongeng, sejarah pembentukan negara, budaya dan warisan etnik serta pelbagai lagi. Disini kami sertakan kepada anda 5 persembahan cahaya yang anda mesti tonton jika anda ke Singapura !

Spectra at Marina Bay Sands

Spectra - A Light & Water Show adalah persembahan simfoni dengan air pancut, paparan visual , laser dan juga kesan khas yang diiringi muzik okestra selama 15 minit. Persembahan ini menceritakan perjalanan Singapura untuk menjadi bandar kosmopolitan pada masa kini dalam 4 bahagian. Ia dibangunkan oleh agensi Imagination yang berpusat di Australia.

Masa :
Ahad-Khamis: 8pm & 9pm
Jumaat & Sabtu : 8pm, 9pm & 10pm

Bayaran : Tiada. Percuma buat semua pengunjung. Kecuali jika anda menonton dari dalam restoran. Itu kena bayar.

Lokasi : Lokasi pancaran cahaya ini adalah di Marina Bay. Apa yang menarik mengenai persembahan Spectra adalah anda dapat menonton persembahan ini dari dua arah yang berlainan.

  • Jika anda berada di kawasan Marina Bay Sands, melihat ke arah Bandaraya Singapura, anda akan melihat pancaran visual dan mendengar muzik dengan lebih jelas.
  • Jika anda berada di bahagian Bandaraya, anda bukan sahaja dapat melihat pancutan air. Tetapi, pancaran laser dari atas bangunan Marina Bay Sands.
https://www.youtube.com/watch?v=Ek8PYfjWWCw






Garden Rhapsody, Gardens by the Bay

Rasanya kami tak perlu ceritakan kepada anda mengenai tempat ini atau bagaimana cara ke sini. Gardens by the bay cukup sinonim dengan Singapura. Jika anda ke Gardens by the bay jangan lupa datang di waktu malam untuk menonton persembahan Garden Rhapsody ini .

Jam : 7:45 PM dan 8:45 PM setiap hari

Bayaran : Tiada. Percuma untuk menonton persembahan Garden Rhapsody

https://www.youtube.com/watch?v=6JntNj03jEo





Wings of Time , Pulau Sentosa

persembahan cahaya
perperse

Jika anda berada di Pulau Sentosa , anda mungkin boleh akhiri malam anda dengan pertunjukan cahaya mengagumkan yang menceritakan mengenai persahabatan dan keberanian ini.

Anda pasti akan kagum dengan kesan laser, api dan air yang diiringi muzik latar belakang , lengkap dengan persembahan bunga api. Ini mungkin satu-satunya tempat untuk melihat kesemua ini dalam satu persembahan di Singapura. Tetapi, untuk persembahan hebat begini, anda dikenakan sedikit bayaran.

Dahulu, persembahan ini dikenali sebagai Songs of the Sea , jadi jangan cari-cari Songs of the Sea pula.

Masa : 7:40 dan 8:40 malam setiap hari

Bayaran : Bermula $9.90 SGD (sekitar RM30 mengikut kadar tukaran sewaktu artikel ini ditulis)

Lokasi : Pantai Palawan


Crane Dance, Pulau Sentosa

Juga terletak di Pulau Sentosa, persembahan berdurasi 10 minit ini berlangsung pada jam 9:00 malam setiap hari. Direka oleh pemenang Anugerah Emmy Jeremy Railton. Crane Dance adalah persembahan animatronik yang menceritakan kisah cinta manis dan ajaib yang diilhamkan oleh mitos kuno yang terdapat dalam cerita rakyat dalam pelbagai budaya. Jadi, bayangkanlah bagaimana kisah cinta mahu diceritakan dengan gaya pergerakan crane. Cinta itu lembut, pergerakan crane itu keras. Tetapi, persembahan ini berjaya menyatukan mereka. Cewah !

Keistimewaan Crane Dance adalah saiz yang mengagumkan. Kren ini boleh berdiri setinggi 30 meter, bersamaan dengan bangunan 10 tingkat, menjadikannya animatronik terbesar di dunia
.

Masa : 9:00 malam setiap hari

Bayaran : Percuma sajoo

Lokasi : Resort World Sentosa (Berdekatan Universal Studios)

https://www.youtube.com/watch?v=S23YzGzsZso

KEMASKINI : CRANE DANCE TELAH DITUTUP SEPENUHNYA SEJAK MAC 2020 BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA PROJEK PEMBANGUNAN BAHARU DI PULAU SENTOSA.

Itulah antara persembahan cahaya dan muzik yang anda boleh tonton untuk memenuhi aktiviti malam anda di Singapura. Selamat bercuti, bubbye !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram