Waktu PKP bersih sampai dolfin pun datang, dah boleh melancong lain pula jadinya

Dikemas Kini: 16 Jun 2020
Surga Route

Sebelum ini , keadaan pantai Port Dickson, Negeri Sembilan dikatakan semakin bersih akibat kurangnya kunjungan pelancong sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menimbulkan keterujaan orang ramai.

Iyalah, kerana kurangnya orang ramai, kuranglah aktiviti yang dilakukan. Maka berkurangan jugalah aktiviti pembuangan sampah. Memang masa untuk alam semulajadi berehat semula. Air laut di situ tidak disangka semakin jernih sejak PKP, pantainya pula pula kembali putih bersih.

Senang kata pencemaran alam memang berkurang. Maka hidupan laut yang sebelum ini tidak pernah kelihatan di Port Dickon pun boleh muncul di kawasan perairan pusat peranginan itu.

Pada 6 Mei lalu, pelayar Facebook bernama Zairul Khalil berkongsi akan ‘penampakan’ empat ekor dolfin atau ikan lumba-lumba di Pantai Port Dickson.

Bukan setakat ikan lumba-lumba, tetapi dikatakan penyu pun dah mula bertelur di Pantai Port Dickson. Dahsyat !

Nampaknya, PKP ini memang beri peluang kepada haiwan-haiwan untuk menikmati alam semula jadi dan kembali ke norma mereka.

Tetapi, lepas sahaja PKPP diumumkan oleh kerajaan dan pelancongan domestik dibenarkan, lain pula ceritanya. tiada lagi kemunculan ikan luma-lumba tetapi kemunculan sampah sarap pula.

Ternyatalah, selama ini tangan-tangan manusia yang mengerjakan bumi ini. Mohon insaf yer !

Menerusi perkongsian gambar dari saudara aziziDKS dan ditularkan oleh Negeri Sembilan Kini, masyarakat tak perlu mimpi lagi dolphin atau penyu untuk datang. Tetapi, kemungkinan khinzir yang akan datang nanti !

Perkongsian itu nyata menyedihkan ramai pencinta alam. Tidak kurang yang mengecam sikap mereka yang tidak tahu menjaga kebersihan kawasan peranginan tersebut dengan membuang sampah merata-rata.

Kami minta, di era norma baharu ini, kita ubahlah sikap baharu ke arah lebih baik. Kembalikan alam sekitar kepada norma asal mereka pula. Kebersihan itu kan dituntut !

Sumber : Negeri Sembilan Kini

Surgaroute

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram