pustaka kl ttdi dibuka semula dengan wajah baru ! dekorasi lebih segar & unik, buang persepsi tempat membosankan

Pustaka KL TTDI Dibuka Semula Dengan Wajah Baru ! Dekorasi Lebih Segar & Unik, Buang Persepsi 'Tempat Membosankan'

Dikemas Kini: 4 Mei 2023
Surga Route

Bila sebut perpustakaan, ramai memikirkan ia sebagai sebagai satu tempat yang ‘membosankan’. Tapi, baru-baru ini sebuah perpustakaan telah dibuka semula dengan dekorasi yang unik, sekaligus membuang jauh persepsi orang ramai bahawa perpustakaan adalah destinasi yang membosankan.

Pustaka KL@TTDI

Perpustakaan tersebut adalah Perpustakaan Komuniti Kuala Lumpur Taman Tun Dr. Ismail , atau lebih singkat dikenali sebagai Pustaka KL@TTDI.

Perpustaaan komuniti tersebut menyimpan koleksi kira-kira 45,000 buah buku pelbagai genre untuk diterokai oleh masyarakat yang cintakan ilmu.

image 4 3

Sebelum ini, perpustakaan tersebut ditutup selama kira-kira dua tahun untuk kerja-kerja renovasi sesuai dengan arus zaman.

Setelah proses pembangunan, perpustakaan ini berwajah baharu malah kemudahan-kemudahan baharu yang disediakan untuk kegunaan pelbagai lapisan masyarakat.

Antara yang menarik ialah ilustrasi yang terang dan unik pada dinding. Semuanya direka dan dicat oleh artis tempatan Arif Rafhan Othman.

Beliau merupakan seorang artis komik dan visual di bawah kreativiti kreatif Superdoofus Creative sejak 2014. Lihatlah hasil dibuat olehnya, memang kreatif sungguh !

Apa yang menariknya, perpustakaan berwajah baru ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta bilik-bilik yang luas dan selesa.

Antara kemudahan yang disediakan ialah pembinaan satu unit lif kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, surau, kafeteria dan tempat kereta kepada pengunjung.

Perpustakaan berkeluasan 17,857 kaki persegi itu mempunyai dua tingkat untuk kegunaan kepada pengunjung dengan tingkat bawah dikhususkan kepada kanak-kanak.

Perpustakaan Mesra Kanak-Kanak

Perpustakaan ini telah mengalami pengubahsuaian yang besar dari segi reka bentuk dan hiasan dalaman yang lebih moden untuk menarik kedatangan golongan kanak-kanak dan remaja.

Di sini terdapat ruangan khas untuk kanak-kanak yang telah dinaiktaraf dengan hiasan dalaman yang berwarna-warni.

Bukan itu sahaja, pelbagai fasiliti untuk golongan ini turut disediakan seperti meja interaktif, sudut internet, ruangan pemainan e-games dan juga bilik tayangan.

Dekorasi Lebih Menarik

Susun atur perabot dalam perpustakaan itu juga memainkan peranan yang penting untuk keselesaan pengunjung.

Ruangan dalam direka untuk lebih kontemporari dengan gaya yang lebih moden dan ia sesuai untuk aktiviti pembacaan dan ulang kaji kepada pengunjung.

Untuk mereka yang dewasa ingin membuat study group, disini juga disediakan bilik mesyuarat yang dipenuhi dengan kerusi-kerusi yang selesa.

Proses pengubahsuaian perpustakaan ini menelan belanja RM9 juta ! Jangan biarkan pelaburan kerajaan menjadi sia-sia. Apa kata hujung minggu ini jika anda tak tahu nak ke mana, boleh cuba untuk ke perpustakaan ini !

Alamat :

Pusat Komuniti TTDI,
Lot 31204, Jalan Athinahapan,
Taman Tun Dr Ismail,
6000 Kuala Lumpur.

No. Telefon
+603 7726 6310

Waktu Operasi
Isnin (2pm – 6.45pm)
Selasa – Jumaat (10am – 6.45pm)
Sabtu dan Ahad (10am – 5pm)
Tutup pada cuti umum dan minggu pertama setiap bulan

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram