0
(0)

Berita baik ! Qatar Airways ingin memberikan 100,000 tiket percuma kepada golongan 'frontliners' dalam sektor kesihatan di seluruh dunia sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala keringat dan usaha mereka yang bertugas meyelamatkan nyawa semasa wabak COVID19 ketika ini.

diambil dari qatar airways
Sumber : Qatar Airways

Golongan profesional sektor kesihatan yang layak terhad kepada doktor, pengamal perubatan, jururawat, paramedik, ahli farmasi, juruteknik makmal dan penyelidik klinikal.

Tempoh permohonan untuk tiket tersebut dibuka pada 12 Mei dan akan ditutup pada 23:59 pada 18 Mei (waktu Doha). Sesiapa yang layak boleh membuat permohonan untuk tawaran eksklusif ini di laman web Qatar Airways (disini). Jika permohonan anda diterima, anda akan menerima kod promosi unik yang boleh dimasukkan ketika membuat tempahan tiket penerbangan.Anda hanya boleh membuat tempahan tiket penerbangan yang dioperasikan oleh Qatar Airways (Kod penerbangan QR) sahaja yer.

Disebabkan mereka memperuntukkan 100,000 tiket bagi seluruh dunia. Jadi, mungkin akan wujud beberapa isu seperti ketidakadilan dan sebagainya. Jadi, Qatar Airways mengatakan setiap negara akan menerima peruntukan tiket setiap hari. Peruntukan atau kuota ini bergantung pada jumlah penduduk sesebuah negara. Lebih ramai penduduk, lebih banyak peruntukan yang akan diberikan. Jika negara kecil dan kurang penduduk, maka jumlah tiket pun sikit. Kan adil tu !

Sumber : Qatar Airways

Kuota ini akan diberi setiap hari , dari 12 hingga 18 Mei. Kuota harian akan dikeluarkan pada jam 00:01 Doha sepanjang tempoh kempen.

Bagi sesiapa yang layak, anda boleh menempah hingga dua tiket pergi-pulang ( return ) Kelas Ekonomi. satu untuk diri anda sendiri dan satu untuk peneman anda - Jadi, bolehlah berteman ke mana sahaja destinasi ditawarkan Qatar Airways.

Sumber : Qatar Airways

Tiket mesti ditempah sebelum 26 Nov, dengan tempoh sahlaku perjalanan sehingga 10 Disember 2020.

Tiket yang diberikan pula akan fleksibel sepenuhnya. Anda boleh memilih sebarang destinasi atau melakukan perubahan tarikh tanpa had tanpa dikenakan sebarang bayaran !

Tambang dan bayaran tambahan akan dikecualikan untuk tiket. Bagaimanapun, anda akan dikenakan kadar cukai lapangan terbang (airport tax). Okaylah itu kan , bayar sikit je.

Sebagai tanda penghargaan, para profesional penjagaan kesihatan juga akan ditawarkan baucar dengan potongan harga sehingga 35% untuk menebus di kedai Qatar Duty Free di Hamad International Airport (HIA) di Doha, yang dapat digunakan hingga 31 Disember 2020.

Qatar Airways telah memulakan langkah secara bertahap untuk memperluas jaringan mereka sesuai dengan permintaan penumpang (travel demand) dan jangkaan kawalan pergerakan yang akan berkurangan di seluruh dunia. Mereka berharap dengan pemberian tiket secara percuma kepada 100,000 frontliners akan sedikit sebanyak membantu untuk kembali menghidupkan industri penerbangan.

Ambil Peluang Ini

Bagi kami, ini adalah peluang keemasan yang tak patut dilepaskan. Untuk rekod, Qatar Airways adalah syarikat penerbangan terbaik dunia tahun 2019 dari Skytrax selain pelbagai lagi anugerah.

Kedudukan 5 syarikat penerbangan terbaik dunia 2019. Sumber Skytrax

Jadi, anda bukan sahaja memenangi tiket percuma. Tetapi jika ada rezeki, anda sebenarnya memenangi tiket percuma untuk menaiki Penerbangan terbaik dunia ke destinasi impian ! Best tu !

Keselamatan

Ya, disebabkan krisis pandemik COVID-19 ini, ramai masih tertanya-tanya adakah selamat untuk kita mengambil tiket penerbangan ini. Bukan ker perkara macamni umpama mengambil risiko? Kami tidak menjamin apa-apa. Kami hanya akan paparkan usaha dilakukan Qatar Airways untuk menjaga kesihatan pengguna mereka. Mudah-mudahan Allah pelihara kita dengan segala ikhtiar yang kita lakukan. Amin !

Selain itu, penjagaan kendiri juga amat penting. Selalu amalkan jarak sosial, kerap mencuci tangan dan sebagainya bukan sahaja jika anda memilih untuk mengambil peluang ini. Tetapi , di mana sahaja anda berada. Gitew !

Hati-hati

Kami ulang sekali lagi, promosi ini diberikan kepada 'frontliners' kesihatan, mempunyai kuota setiap hari, dan anda perlu membuat permohonan di laman web ! Kenapa kami ulang isi ini ?

Sebab, kami dengar cerita dah ada operasi licik scammers nak tipu orang konon-konon nak bagi tiket dari Qatar Airways melalui aplikasi Whatsapp . Ada saja orang nak ambil kesempatan, anda jangan tertipu ya !

kalau kita bukan petugas kesihatan jangan terpedaya ! Kalau anda petugas kesihatan sekalipun anda perlu ingat permohonan hanya di laman web rasmi sahaja. Okay?

Scam Alert ! : Sumber : Channel News ASia

Alright, gerak lu. pape roger ! Good job Qatar Airways !

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
5 August 2020
MHholidays perkenal promosi bawa anak menaiki penerbangan dan menginap secara percuma ! Begini caranya

0 (0) Untuk yang masih belum tahu, Malaysia Airlines telah bekerjasama dengan syarikat TUI International Holiday telah memperkenalkan MHholidays. Dalam MHholidays ini, anda boleh memilih perkhidmatan untuk percutian lengkap merangkumi penerbangan, penginapan, perkhidmatan pengangkutan darat ataupun memilih pakej percutian dalam satu platform sahaja. Senang kan? Tak perlu lagi gigih-gigih geledah semua laman web untuk siapkan […]

Selanjutnya
24 July 2020
Harga tiket penerbangan kembali normal bermula november 2020 nanti

0 (0) Harga tiket penerbangan dijangka akan kembali normal kepada harga purata pada tahun 2019 menjelang November ini, selepas syarikat penerbangan kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kapasiti sebenar. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 berdasarkan analisa yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Beliau berkata, syarikat penerbangan dijangka memerlukan masa antara […]

Selanjutnya
24 July 2020
Menarik, Perkampungan Al-Quran dan masjid ke-3 akan dibangunkan di Putrajaya

5 (2) Alhamdulillah, nampaknya Putrajaya bakal memiliki Perkampungan Al-Quran yang dicadang dibangunkan dengan kos kira-kira RM150 juta. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata antara lain perkampungan itu akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan 'al-Quran' bernilai RM50 juta. KONGSI DENGAN MASYARAKAT "Di sini kita akan memperluaskan Putrajaya sebagai satu tempat bagaimana ilmu al-Quran itu […]

Selanjutnya
24 July 2020
Tips memilih ' Travel Partner' supaya percutian anda tidak sendu

0 (0) Travel berseorangan sememangnya lebih senang. Bebas untuk pergi kemana yang kita mahu, tak perlu buang masa untuk tunggu orang lain bersiap, boleh tukar plan sesuka hati. Senang cerita kita bebas nak buat apa sahaja tanpa mengira hal dan perasaan orang lain! Anda juga perlu percaya bahawa travel bersama kawan/partner juga ada kelebihannya! Contohnya, […]

Selanjutnya
22 July 2020
Jom ke Jepun dengan penerbangan bersama Malaysia Airlines dan Japan Airlines bermula 25 Julai 2020

0 (0) Malaysia Airlines (MH) dan Japan Airlines (JL) akan melancarkan perkongsian perniagaan bersama, pada 25 Julai 2020, di mana kedua syarikat penerbangan itu akan bekerjasama secara komersial dalam penerbangan antara Malaysia dan Jepun. Melalui Perniagaan Bersama ini, JL dan MH akan menempuh cabaran baru untuk meningkatkan lagi kemudahan antara Jepun dan Malaysia dan membolehkan […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram