Idea pembinaan Quranic Village & masjid ke-3 di Putrajaya dibantah netizen twitter
Surga Route
|
30 October 2020
Sebelum ini, kami pernah menyiarkan artikel mengenai idea pembinaan Perkampungan Al-Quran atau 'Quranic Village' dan juga masjid ke-3 di Putrajaya. Idea tersebut telah dicetuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan semasa iaitu Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa , yang juga merupakan ahli parlimen Ketereh, baca lanjut disini.
Dalam perkembangan terbaru, projek tersebut nampaknya bakal direalisasikan dalam masa terdekat apabila gambar rekaan awal projek tersebut secara digital telah dimuatnaik oleh Menteri Wilayah Persekutuan tersebut. Menerusi satu ciapan di Twitter, Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berkongsi khabar terkini mengenai cadangan pembinaan Quranic Village yang dikatakan sudah mendapat kelulusan pihak kerajaan.
Menurut beliau, rekabentuk Quranic Village dengan tapak seluas 20 ekar dan bernilai RM150 juta itu telah hampir siap dan peruntukan awal sudah diluluskan oleh pihak kerajaan persekutuan, pembinaan Quranic Village pula dijangka akan bermula pada tahun 2021.
Pembinaan Quranic Village merupakan mercu tanda yang dipelopori Malaysia sebagai negara islam yang maju dan makmur. Antara kemudahan Quranic Village adalah Masjid yang mempunyai ruang solat memuatkan seramai 5,000 orang, Pusat Sains Quran dan Sirah (Pavilion Kuwait), Pusat Tijarah (Pavilion Turkey), Pusat Seni Mushaf dan banyak lagi.
Netizen minta cakna isu lebih penting
Bagaimanapun, terdapat banyak respon negatif netizen di twitter yang menyatakan bahawa mereka mahukan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada situasi pandemik Covid-19 dan menyalurkan bantuan yang lebih banyak dari segi keperluan untuk kegunaan petugas kesihatan serta bantuan kewangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi gejala Covid-19.
Tambahan pula, mereka mahu kerajaan membantu rakyat yang sedang menghadapi kesusahan kesan daripada wabak Covid-19 terutamanya rakyat yang berada di Sabah yang keadaannya yang semakin membimbangkan dan bukannya menggunakan wang tersebut untuk membina satu lagi mercu tanda.
Dalam pada itu, YB Tuan Syed Saddiq yang merupakan ahli parlimen Muar turut membantah cadangan tersebut melalui ciapan di Twitter beliau. Beliau menyarankan kerajaan untuk fokus menambah peruntukan hospital dan memberi perhatian yang lebih kepada kepada isu-isu dasar seperti pekerjaan rakyat serta baik pulih sekolah luar bandar.
Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada […]
Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekangwabak COVID-19 dari terus merebak . Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan. Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya […]
Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi […]
Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak. Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak. Sabah Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah […]
Emirates telah melancarkan kabin terbaru bagi pesawat A380 yang akan membuat perjalanan dari Dubai ke London Heathrow dengan satu kelas ekonomi baharu iaitu Ekonomi Premium. Sewaktu syarikat penerbangan lain membuat beberapa pembaharuan untuk menjimatkan kos, Emirates terus ke hadapan dengan memperkenalkan kelas ekonomi terbaru ini dengan 56 kerusi disusun secara 2-4-2. Permintaan Yang Tinggi Adel […]