Rakyat Malaysia baru pulang dari luar negara hanya perlu kuarantin sendiri di rumah mulai 10 Jun
Surga Route
|
8 June 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gambar Stok : The Star
Bermula 10 Jun ini, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan dikuarantin wajib di pusat kuarantin, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, sebaliknya rakyat Malaysia hanya perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah masing-masing sekiranya ujian swab yang perlu dijalani di lapangan terbang sejurus ketibaan adalah negatif koronavirus (Covid-19) sementara bagi yang positif pula akan dihantar ke hospital untuk rawatan.
"Mereka diwajibkan memuat turun aplikasi MySejahtera dan akan dipantau melalui aplikasi ini. Mereka juga diwajibkan memakai gelang tangan kuarantin bagi memudahkan proses identifikasi.
"Kepatuhan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing juga dapat dipantau oleh pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera," katanya pada sidang akhbar harian pada 7 Jun.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira kadar jangkitan Covid-19 di negara-negara lain sudah terkawal dengan lengkung jangkitan melandai dan menurun selain peningkatan keupayaan membuat saringan Covid-19 di pintu masuk antarabangsa.
Bagaimanapun, beliau menegaskan individu yang mengingkari arahan kuarantin wajib dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan akan dikompaun RM1,000 dan dihadapkan ke mahkamah.
Sumber : New Straits Times
Mengulas lanjut beliau berkata, keputusan ujian swab boleh diketahui dalam tempoh satu ke dua jam namun begitu sekiranya perlu menunggu lebih lama seperti dua hari, individu terlibat akan dihantar ke pusat kuarantin yang disediakan dan perlu membayar kos kuarantin yang ditetapkan kerajaan.
Dalam pada itu menurutnya, sehingga awal pagi ini, sebanyak 156 pusat kuarantin masih beroperasi berbanding 165 pada hari sebelumnya dengan 14,665 individu menjalani proses kuarantin wajib.
Katanya, seramai 50,873 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April sehingga kini.
"Sehingga hari ini, seramai 40,805 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang," katanya.
Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi membolehkan rangkaian pengangkutan udara global dan objektif strategik lebih bersedia menghadapi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata beliau turut mengulangi komitmen Kerajaan Malaysia untuk menyokong inisiatif ICAO dengan tumpuan khusus kepada […]
Sebelum ini kami pernah siarkan berkenaan insiden penghawa dingin yang tidak dapat dihidupkan dalam kabin pesawat milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dengan nombor penerbangan MH2710 yang sepatutnya membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 8 Mei lalu. BACA : Dibiar Kepanasan Dalam Pesawat Hampir 1 Jam, Penumpang Malaysia Airlines Kecewa 'Aircond' Tidak Berfungsi […]
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]