0
(0)

Pengusaha pusat pelancongan di Pulau Langkawi berharap kerajaan memberi kelonggaran rentas negeri melibatkan negeri dalam zon hijau untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan di pulau itu yang terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lepas.

Pengurus Besar Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd, Adam Fuaad mencadangkan kebenaran rentas negeri dibenarkan kepada penduduk di utara Semenanjung yang berada dalam zon hijau supaya dapat berkunjung ke Langkawi dan membantu memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau legenda itu. 

"Pintu masuk ke Langkawi hanya ada dua iaitu Terminal Feri Penumpang Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Oleh itu, kawalan aktiviti rentas negeri bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dipatuhi boleh dilakukan dengan baik," katanya kepada Bernama.

Adam turut menzahirkan  keyakinan pemain industri pelancongan di pulau berkenaan akan memastikan SOP  bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 turut dilaksanakan di premis masing-masing sekiranya rentas negeri dibenarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan berkata pihaknya bersedia untuk menjenamakan semula pulau ini sebagai destinasi yang selamat, bersih dan lestari.

Beliau berkata perkara tersebut adalah antara 10 strategi dirangka dalam Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi (PTPEL) untuk jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memulihkan ekonomi Pulau Langkawi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“LADA akan memperkenalkan ‘pelancongan pintu ke pintu’ yang menepati perkhidmatan perjalanan pelancongan yang disesuaikan.

“Melalui pakej ini, pelancong akan dijemput bermula dari penginapan mereka hingga ke kawasan tumpuan pelancongan yang dipilih dan melakukan pelbagai aktiviti sebelum kembali semula dengan keadaan selamat, mengambil kira keperluan penjarakan sosial dan protokol keselamatan lain,” katanya.

Hezri berkata LADA bersama agensi kerajaan di Langkawi akan turut melancarkan peraturan awam yang perlu dipatuhi setiap pelancong semasa berada di pulau itu.

“Peraturan ini bertujuan menyakinkan pelancong bahawa Langkawi adalah destinasi selamat. Peraturan ini akan dikeluarkan mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara dan disesuaikan dengan keadaan semasa di pulau ini,” katanya.

SUMBER : BERNAMA

Artikel menarik lain disini

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram