Maldives of Nusantara : Resort mewah di Batam ini tawarkan pakej staycation hebat, sah sehingga 2 tahun !
Surga Route
|
12 June 2020
Walaupun pada waktu sekarang ini kita masih lagi dilarang untuk travel ke luar negara, tetapi untuk mimpi dan melakukan persediaan tak salah kan? Untuk percutian pertama anda ke luar negara setelah pandemik ini berakhir, mungkin destinasi yang berdekatan akan menjadi pilihan anda. Apa kata ke Batam di Indonesia ini ?
Walaupun berada di Indonesia tetapi Batam amat berdekatan dengan Malaysia dan juga Singapura. Dari Johor nak naik feri pun boleh.
Salah satu resort mewah di sana, Montigo Resorts ada buat promosi "Buy Now, Stay Anytime". yang menawarkan diskaun 50% untuk bilik mereka yang lengkap dengan kolam renang peribadi. Best kan ! Kalau dilihat di dalam laman web mereka, harga promosi ini diletakkan dalam matawang Dollar Singapura, tetapi terma dan syarat tidak mengatakan promosi ini hanya untuk warga Singapura.
Berikut merupakan harga yang tertera di dalam laman web mereka :
Jika ditukarkan ke dalam Ringgat Malaysia, harganya lebih kurang macamni :
Studio Premier 1 Bilik Tidur: MYR611 bersih (2 orang)
Vila Deluxe 2 Bilik Tidur: MYR798 nett (2 pax), MYR921 (3 pax), MYR1044 (4 pax)
Kediaman Premier 3 Bilik Tidur: MYR2456 bersih (6 orang)
Tetapi, yang paling best adalah baucar ini sah selama 2 tahun dari tarikh pembelian anda dan termasuk dengan sarapan setiap hari!
Mengikut terma dan syarat pula, baucar ini sah untuk tempahan pada hujung minggu dan hari bekerja kecuali hujung minggu panjang , cuti umum dan malam cuti umum Singapura. Jadi, tak perlu risau kerana anda masa 2 tahun untuk gunakan baucar ini. Panjang masa tu.
Untuk menempah: Pembelian baucar ini hanya menerusi sales.nongsa@montigoresorts.com. Tuliskan “BOOK NOW STAY ANYTIME” di bahagian tajuk.
Alamat: Jalan Hang Lekir Nongsa, Sambau, Nongsa, Kota Batam, Kepulauan Riau 29465, Indonesia Nombor telefon : +62 778 776 8888 Laman Web| Facebook | Instagram
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]