halal hong kong

Restoran terkenal yang bersijil Halal di Hong Kong

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Banyak sangat restoran yang 'Muslim Friendly' di Hong Kong, tapi anda harus ingat tak semua restoran yang 'Muslim Friendly' tu ada sijil halal. Lain tauu. Selalunya restoran bersijil halal ni tak terlalu popular pun di Hong Kong.

Anda selalu tak nampak 'No pork, No lard' di mana mana restoran? Haa itu lah yang dikatakan restoran 'Muslim Friendly'. Mesti ada yang tertanya-tanya , apa bezanya dengan restoran halal ?

Sumber gambar: islamicbankers.me

Restoran 'Muslim friendly' ni memang tidak menyediakan atau menyajikan babi tapi selalunya mereka masih menyediakan minuman beralkohol. Jadi, ada kemungkinan dapur mereka tidak dipisahkan alkohol dengan makanan yang lain. Ada unsur ragu-ragu disitu. Kalau restoran halal, mereka memang mendapat pengiktirafan halal dari 'The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong' macam Jakim la kalau kat Malaysia ni. Jadi, anda tidak la berasa ragu-ragu kan. Jom kita tengok senarai restoran halal di Hong Kong.

1) 27 Kebab House

Selalu kalau kita dengar perkataan kebab apa yang terlintas di fikiran kita? Tak lain tak bukan 'Turki' la yang 'famous' dengan kebab ni. Kedai kebab ni boleh dikatakan ada dimana mana. Hebat betul kan. Bukan ada kebab sahaja tau, ada banyak lagi makanan Turki yang ada kat sini seperti Humus, Falafel, Salad Turki dan paling dipuji ramai dia punya 'Doner rolls' , dia macam shawarma tapi ni versi Turki punya.

Sumber gambar: openrice.com

Servis pun tiptop, bersih dan staff mereka pun boleh bercakap Bahasa Inggeris dengan baik. Jadi, tiada masalah komunikasi laa nanti. Alhamdulillah. Anda cuba la tau !

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

2) Aladin Mess

Aladin memang sering didengar kan. Kebanyakan orang tahu istilah Aladin ni. Dengar Aladin pun dah terbayang suasana timur tengah tu dengan pakaiannya lagi kan. Tapi jangan salah anggap, kedai ini sebenarnya menghidangkan sajian dari India. Namun yang pasti makanan yang kena dengan selera kita ialah kari ! Kari dia memang sedap ditambah pula dengan ayam tandoori, memang gabungan yang mantap!

Sumber gambar: aladinmess.com

Bagi anda yang meminati masakan dari India boleh la datang ke sini! Makanan sedap, harga berpatutan, layanan mesra, senang berkomunikasi. Anda kena cuba!

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐

3) Basmati

Restoran ini menyediakan sajian makanan India dan Asia . Jika anda mahu mencari restoran untuk makan tengahari atau makan malam , anda boleh ke sini. Anda patut cuba menu Briyani Ayam. Layanan di restoran ini juga sangat baik.

Sumber gambar : facebook.com/basmatihk

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐

4) Bombay Dreams HK

Bombay dreams antara restoran halal yang terbaik di Hong Kong! Ramai yang tergila-gilakan kari dan roti nan mereka. Anda boleh cuba 'Gaan Fish Curry' kemudian cicah dengan roti nan. Restoran mereka juga nampak sangat selesa dan mewah. Harga juga berpatutan dengan tahap kesedapan hidangannya.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

Sumber gambar: www.openrice.com
Sumber gambar: theloophk.com

5) Carat Finest Indian Cuisine

Restoran ini berlainan sikit jika dibandingkan dengan restoran lain. Ia berkonsepkan 'bar' juga. Ada juga menyediakan 'shisha'. Banyak juga makanan lain yang mereka sediakan. Briyani, masak kurma, kambing semua ada. Tinggal nak pilih je.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐

Sumber gambar: carathkg.com
Sumber gambar: facebook.com/caratfineindiancuisine

6) Flamingo Frango Limited

Jika anda mahu makan makanan yang berlainan sikit, anda boleh datang ke restoran ini. Mereka menyajikan makanan Afrika,Portugis dan Eropah. Western la senang cerita. Kalau anda tak lalu nak makan nasi,nak makan western, anda boleh datang ke sini.

Sumber gambar: timeout.com

Antara signature dish mereka "Piri Chicken". Memang sedap sampai boleh teringat ke Nando`s. Layanan staff mereka juga bagus dan tempat makan yang selesa dan kondusif.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

7) Islamic Centre Canteen

Restoran ini terletak 1 bangunan dengan Masjid Ammar. Terkenal dengan 'Dim Sum' yang halal di Hong Kong. Kesedapan 'Dim Sum' nya boleh mengalahkan 'Dim Sum' yang lain. Orang tempatan bukan Islam juga turut ramai yang makan di restoran ini. Nak kata memang sedap sangatlah 'Dim Sum' mereka ni.

Sumber gambar: wikipedia.org
Sumber gambar: merdeka.com

Harga pun boleh dikatakan murah. Berbaloi la dengan kesedapannya. Kalau dah sedap sanggup je bayar berapa berapa pun kan. Lagipun inilah masanya anda mencuba makanan asal dari Hong Kong. Susah nak dapat makanan sama sedap macam yang asal. Apa kata anda cuba!

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

8) Jashan Celebrating Indian Cuisine

Restoran ini terletak di pertengahan antara Kwai Fong dan Soho. Seperti biasa, kalau restoran makanan India ni, kari dia memang sedaplah tapi ada 1 hidangan yang disebut sebut sedap, 'Amritsari Chicken'. Layanan staff sangat mesra dan suasana restoran yang kondusif.

Sumber gambar: facebook.com/jashan.hk
Sumber gambar: presscentre.com

Cuma harga agak 'pricey' bermula dari RM82. Sekali sekala makan mahal sikit apa salahnya kan?

Penilaian keseluruhan:⭐⭐⭐

9) Jo Jo Indian Cuisine

Kalau anda nak makanan yang harga nya tidak terlalu mahal tapi sedap, anda boleh pergi ke sini. Harga bermula dari RM56. Antara makanan yang anda boleh cuba 'Tikka Masala", "Butter Chicken"," Saag paneer".

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐

Sumber gambar: womguide.com

10) LOVEAT

Makanan Persian pun boleh dapat di Hong Kong ni. Mesti rasa 'curious' kan rasa makanan mereka macam mana. Haaa, sebearnya lebih kurang sama sahaja dengan makanan orang arab. Ada kebab tapi versi Iranian lah. Jangan pandang sebeah mata, sedap tau kebab dia !

Sumber gambar: tripadvisor.com
Sumber gambar: eatigo.com

Antara menu yang boleh anda cuba; Mirza Ghasemi, Mast-O-Khiyar, Koobideh with Rice, Bakhtiyari with Nann, Pan Kebab dan lain lain lagi. Makanan yang sukar dicari ni patut dicuba!

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

11) Mingcha Limited

Haaa, ni bukan restoran makan tapi tak apalah, kami kongsi juga informasi dengan anda. Cha ialah teh, teh MingCha ini memang berbeza dengan teh yang lain. Mingcha ni antara minuan yang anda patut cuba.Walaupun teh sahaja tapi rasanya memang lain. Ramai orang memuji teh ini.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

Sumber gambar: mingcha.com

12) Shalimar Indian Cuisine

Dah berapa restoran yang menyediakan sajian India kan, makanan mereka pun sedap. Tempat pun selesa. Kari, Nan, Briyani memang padu .

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐

Sumber gambar: shalimarhk.com
Sumber gambar: eatigo.com

13) Warung Malang

Ada juga restoran Indonesia kat Hong Kong ni. Hebat. Sesiapa yang tekak memang suka masakan Indonesia, anda bolehlah singgah di Warung Malang ini. Restoran ini dibuka untuk makan tengahari dan makan malam sahaja. Sarapan tidak ada yaa.

Sumber gambar: tribunnes.com
Sumber gambar: facebook.com/warungmalanghk

Sedapnyaaa. Bagilah makanan apa pun, tetap lagi suka masakan kampung macam ni kan. Mesti akan rasa rindu nak balik Malaysia bila makan dekat sini.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

14) Anjappar

Anda nak rasa masakan India yang 'Ori' anda boleh makan di Anjappar. Antara menu yang anda boleh cuba "Fish Tikka", "Tandoori chicken", 'Garlic Naan'. Minuman pulak cubalah order Mango lassi. Sedapnya tidak terhingga.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

Sumber gambar: hkyantoyan.com
Sumber gambar: littleindiadirectory.com

15) Curry Leaf Indian Cuisine

Restoran ini antara yang termurah di Hong Kong. Bermula dari RM22. Walaupun harganya murah, rasanya tetap sedap! Banyak sangat menu yang sedap anda patut cuba , antaranya  lamb samosa, murgh makhani, murgh tikka , saffron rice, okra dish, good butter chicken dan malai kofta.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

Sumber gambar:traveltriangle.com
Sumber gambar: quandoo.com.hk

16) Ma`s Restaurant

Restoran Ma`s ni memang popular lah di Hong Kong. Rata rata pelancong akan singgah makan disini. Restoran Cina yang halal kan memang sussah nak cari di Hong Kong. Anda cubalah makan disini. Sup nya boleh makan sehingga 10 orang. Menu pun ditulis dalam Bahasa Inggeris, jadi senanglah nak order nanti. Anda kena tahu menu yang paling hangat dan mesti cuba di restoran ini ialah " Veal Goulash Buns" yang sangat juicy dan memang sedap. 'No regret' bak kata orang omputih.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

Sumber gambar: thehalalfoodblog.com
Sumber gambar: thehalalfoodblog.coom

17) Roti King Indian Fusion Cuisine

Makanan di restoran ini sangat sangat murah. Bermula dengan RM17 ! Menu pun banyak, tinggal nak pilih je.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐

Sumber gambar: quandoo.com.hk
Sumber gambar: rotiking.com.hk

18) Spice of India Restaurant

Cantik betul restoran ini. Disebalik kecantikannya ada pelbagai makanan yang sedap untuk anda makan. Restoran ini berdekatan dengan Ladies Market. Alang alang tu boleh la anda singgah makan kat sini. Harga yang berpatutan , masakan yang sedap dan servis yang baik. antara sebab anda tidak boleh untuk tidak cuba.

Penilaian keseluruhan: ⭐⭐⭐⭐⭐

Sumber gambar: spice-restaurant.hk
Sumber gambar: spice-restaurant.hk

Anda boleh lihat senarai penuh restoran halal yang diiktiraf di sini https://www.discoverhongkong.com/common/images/dine-drink/pdf/Halal-List_en.pdf

Kami dah kongsikan kepada anda senarai restoran halal yang diperakui halal. Sekarang tiada lagi keraguan untuk anda makan di Hong Kong. Selamat bercuti dari kami SurgaRoute.

Kami Kongsi, Anda terokai.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram