Rusia perkenalkan E-Visa mulai 2021, Malaysia tersenarai sebagai antara yang boleh memohon

Dikemas Kini: 9 Oktober 2020
Surga Route

Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin telah menandatangani arahan bagi meluluskan senarai 52 buah negara yang boleh memohon e-visas dan Malaysia juga termasuk di dalam senarai tersebut!

Sebenarnya, projek E-visa ini telah dilancarkan pada tahun 2017 lagi tetapi terdapat beberapa sekatan iaitu warga asing dengan e-visa hanya boleh memasuki Rusia melalui pusat pemeriksaan yang terdapat di St Petersburg, wilayah Leningrad dan Kaliningrad dan mereka juga dilarang untuk melawat kawasan yang luar daripada wilayah-wilayah ini.

Namun, berita baik buat warga Malaysia yang sudah lama teringin melancong ke negara terbesar di dunia ini. Bermula tahun 2021, e-visa boleh dipakai di seluruh pelusuk Rusia! Warga asing boleh masuk ke Rusia melalui mana-mana pusat pemeriksaan dalam negara Rusia dan melawat ke seluruh negara itu. Ha jalanlah ?

Selain itu, tempoh menetap bagi warga asing telah dipanjangkan dari 8 hari kepada 16 hari. E-visas akan dikeluarkan menerusi saluran online bagi tujuan pelancongan, perniagaan, bantuan kemanusiaan dan jemputan.

Pemohon tidak perlu mendapatkan apa-apa jemputan, tempahan hotel atau apa-apa dokumen untuk memastikan sebab-sebab lawatan mereka.Bayaran konsular ialah sebanyak 40 dollar (percuma bagi kanak-kanak bawah enam tahun).

Bermula tahun 2021, warga Malaysia boleh melawat Rusia dengan lebih mudah! Teruskan bersama kami untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Jadi, adakah anda semua sudah bersedia untuk melawat Rusia? Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram