Sabah benarkan sektor pelancongan beroperasi semula Mei 2020

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa kelima bermula 10 Mei 2020.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sektor tersebut termasuk pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya meliputi pelancongan domestik (dalam negeri sahaja) dan semua operasi perhotelan dibenarkan kecuali penggunaan fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan bufet.

ketua menteri sabah
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Gambar stok : The Star)

"Aktiviti seni budaya meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisional, makanan tradisional, muzik dan tari (tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya.

"Selain itu, aktiviti meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan alam sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-Taman Sabah dan santuari, penuaian sarang burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar juga dibenarkan," katanya dalam kenyataan.

Mohd Shafie berkata aktiviti lain ialah sektor sukan dan rekreasi termasuk rangkaiannya seperti latihan sukan secara individu, sukan elit dan sukan berprestasi tinggi, aktiviti sukan massa dan rekreasi yang melibatkan orang awam tidak melebihi 10 orang dalam satu kumpulan pada satu-satu masa dan rangkaian kemudahan sukan dan rekreasi seperti boling padang, lapang sasar golf  dan lapang sasar menembak.

Sektor lain ialah perkhidmatan ikhtisas dan profesional, pengangkutan udara, kedai menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal serta kebenaran merentas daerah.

"Semua sektor yang dibenarkan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa," katanya.

Sumber : BERNAMA

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram