gunung kinabalu ditutup kerana seorang pendaki disahkan positif covid 19

Seorang Pendaki Disahkan Positif COVID-19, Pendakian ke Gunung Kinabalu Ditutup Buat Sementara Waktu

Dikemas Kini: 16 November 2023
Surga Route

Mulai 25 September sehingga 8 Oktober 2020 jalur pendakian ke puncak Gunung Kinabalu terpaksa ditutup sementara seperti yang dimaklumkan dilaman Facebook Mount Kinabalu.

Pendakian Gunung Kinabalu Ditutup Gara-gara Seorang Pendaki Disahkan Positif COVID-19 2

Penutupan ini dibuat selepas didapati seorang pendaki dari Tawau yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 didapati positif.

Tempoh penutupan ini membolehkan pihak Kompleks Taman Kinabalu melakukan proses sanitasi dan nyahkuman secara menyeluruh ke atas kemudahan serta fasiliti pelancongan di sepanjang laluan pendakian.

Ujian saringan ke atas kontak rapat pendaki yang terdiri daripada malim gunung, pendaki awam dan staf taman serta syarikat swasta yang terbabit sedang dilakukan.

Pihak mereka turut mengumumkan sedang menghubungi para pelancong yang terkesan dengan penutupan sementara Gunung Kinabalu dalam menawarkan altenatif lain dan pada mereka yang membuat tempahan pada tempoh berkenaan diminta untuk menghubungi mereka.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram