Bosan 'Travel di rumah sewaktu PKP'? - Sertai Challenge dari Malaysia Airlines ini
Surga Route
|
11 May 2020
Kami memahami tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sememangnya waktu yang sukar buat para Travellers. Pastinya ada yang tak senang duduk dan rasa giat sangat nak berjalan kan?
Kalau tak dapat 'travel' pun tak apa waktu PKP ini. Yang penting dapat ambil 'feel itu sikit. Bolehlah lepaskan rindu. Ataupun tempoh PKP ini digunakan sebagai waktu 'cari modal' untuk rancangan travel seterusnya sambil seronok-seronok.
Untuk itu, apa kata anda menyertai peraduan #EnrichTravelChallenge daripada Malaysia Airlines ini. Suka suka jer, tapi kalau kreatif anda kemungkinan menjadi pemenang !
Mudah sahaja , anda hanya perlu kongsikan video transformasi kreatif anda macam #DontRushChallenge yang'viral' tu kemudian paparkan di akaun sosial media anda. Jangan lupa pastikan akaun sosial media anda 'Public'. Jangan lupa sertakan hashtag #EnrichTravelChallenge #DontRushChallenge dan #EnrichbyMH
Hadiah
5 pemenang dengan video kreatif akan dipilih untuk memenangi 10,000 Enrich Miles ! Kepada yang tidak tahu, Enrich Miles adalah sistem mata ganjaran buat penumpang Malaysia Airlines. Enrich Miles yang terkumpul boleh ditebus untuk mendapatkan tiket penerbangan, mendapatkan 'upgrade' ke kelas perniagaan (Business Class) dan juga barangan eksklusif Malaysia Airlines. Disini kami sertakan jadual untuk anda melakukan kira-kira apa yang boleh dibuat dengan 10,000 Miles yang dimenangi oleh anda nanti .
Sumber : Malaysia Airlines
Di artikel lain, kami akan ceritakan bagaimana fungsi mata ganjaran oleh syarikat penerbangan. Tetapi, buat masa sekarang anda perlu tahu meraih mata ganjaran tanpa perlu mengeluarkan wang adalah peluang keemasan yang patut anda ambil !
Tempoh Peraduan
Peraduan ini akan berlangsung dari 8 Mei 2020- 22 Mei 2020. Jangan lupa ! Maklumat lanjut , layari laman disini. Untuk ketahui lebih banyak artikel mengenai penerbangan, sila klik disini
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]