Disebabkan kerajaan telah membuat keputusan ntuk menangguhkan ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441H ke tahun hadapan , pihak Tabung Haji telah menyiapkan soalan-soalan lazim buat Jemaah yang mungkin keliru dan kurang jelas mengenai tindakan ini. Berikut adalah merupakan soalan lazim tersebut :

Adakah bakal haji yang telah lulus pemeriksaan kesihatan pada tahun 1441H/2020 perlu membuat pemeriksaan semula pada tahun 1442H/2021?

Bakal haji perlu membuat semula pemeriksaan kesihatan kerana tempoh sah laku pemeriksaan tersebut adalah untuk enam (6) bulan sahaja.

Berapa jumlah kuota haji Malaysia pada tahun ini (1441H) ? 

Kuota haji rasmi tahun ini bagi Malaysia adalah seramai 31,600 orang.

Adakah Kerajaan Arab Saudi akan membenarkan bakal haji yang mempunyai risiko berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan asma menunaikan haji pada tahun 1442H/2021?

Setiap bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bakal haji juga perlu mematuhi syarat-syarat kesihatan terkini yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji.

Bolehkah rakyat Malaysia menunaikan haji tahun ini dengan menggunakan visa furada (visa urusan sendiri)?

Semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini walaupun dengan menggunakan visa furada.

Adakah suntikan yang diwajibkan perlu diambil semula pada tahun 1442H/2021?

  • Tidak perlu diambil semula suntikan wajib (meningococcal) jika tempoh sah belum tamat (3 atau 5 tahun mengikut jenis suntikan yang diambil) sebelum musim haji tahun hadapan.
     
  • Manakala bagi suntikan tambahan iaitu pneumococcal (5 tahun) dan influenza (setahun), ia juga bergantung kepada tempoh sah suntikan tersebut.
     
  • Jemaah haji dinasihatkan untuk menyemak maklumat suntikan vaksin pada Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH) atau merujuk semula kepada hospital/klinik kesihatan di mana suntikan tersebut diambil.

Apakah yang akan terjadi kepada bakal haji yang telah terpilih menunaikan haji pada tahun ini? Adakah penundaan ini akan menjejaskan giliran menunaikan haji tahun hadapan?

  • Bakal haji yang giliran asalnya menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020) akan diberi keutamaan untuk menunaikan haji pada tahun hadapan (1442H/2021).
     
  • Manakala bagi mereka yang membuat rayuan haji dan telah diluluskan oleh TH untuk menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020), kelulusan rayuan haji mereka adalah terbatal dan perlu membuat rayuan semula kepada TH untuk tahun 1442H/2021.

Adakah wabak penyakit Covid-19 yang melanda dunia memberi kesan terhadap syarat istito’ah (kemampuan) dalam melaksanakan ibadat haji?

  • Resolusi Muzakarah Haji pada tahun 2019 telah menetapkan bahawa istitho’ah sama ada yang berkaitan dengan jasmani (badaniyyah) atau kesihatan (sihhiyyah) merupakan salah satu syarat wajib haji.
     
  • Sekiranya pihak doktor mengesahkan bahawa bakal haji tersebut berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit Covid-19 yang sedang melanda semasa musim haji, maka bakal haji yang mengidap penyakit kronik dianggap sebagai tidak memenuhi syarat istito’ah jasmani dan istito’ah kesihatan.
     
  • Oleh itu, kewajipan menunaikan haji adalah gugur daripadanya.

Adakah Bakal Haji yang membuat rayuan dan terpilih mengerjakan haji pada tahun ini perlu merayu semula pada tahun hadapan?

Bakal haji yang membuat rayuan dan telah diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020), perlu mengemukakan rayuan haji yang baru pada tahun hadapan (1442H/2021) untuk dinilai semula oleh TH

Apakah hukum masuk dan keluar dari negara yang mengalami wabak?

  • Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam mengendalikan sesuatu wabak penyakit yang melanda sesebuah tempat, sebagaimana mafhum hadith adalah seperti berikut:-

    Jika kamu mendengar wabak melanda suatu negeri, maka jangan kamu memasukinya. Dan jika kamu berada di daerah itu janganlah kamu keluar untuk lari darinya” (HR. Bukhari & Muslim).
     
  • Oleh kerana seluruh dunia termasuk Malaysia dan Arab Saudi masih mengalami wabak ini, maka penangguhan ibadah haji pada tahun 1441H/2020 adalah lebih baik.

Adakah Kerajaan Malaysia akan menghantar jemaah haji bagi musim haji tahun 1442H/2021?

Kerajaan Malaysia akan membuat keputusan mengenai penghantaran jemaah haji bagi tahun hadapan menjelang musim haji 1442H/2021 dengan mengambil kira keadaan semasa dan sebarang keputusan Kerajaan Arab Saudi ketika itu.

Apakah yang akan terjadi kepada bakal haji yang telah terpilih menunaikan haji pada tahun ini? Adakah penundaan ini akan menjejaskan giliran menunaikan haji tahun hadapan?

  • Bakal haji yang giliran asalnya menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020) akan diberi keutamaan untuk menunaikan haji pada tahun hadapan (1442H/2021).
     
  • Manakala bagi mereka yang membuat rayuan haji dan telah diluluskan oleh TH untuk menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020), kelulusan rayuan haji mereka adalah terbatal dan perlu membuat rayuan semula kepada TH untuk tahun 1442H/2021.

Kami Kongsi.Anda Terokai

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
25 February 2021
Malaysia Airlines mahu perkenal pas kesihatan perjalanan pasca COVID-19

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]

Selanjutnya
23 February 2021
Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]

Selanjutnya
23 February 2021
COVID19 berakhir pada awal 2022 - Pakar

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]

Selanjutnya
23 February 2021
Genting SkyWorlds bakal dibuka pada Q2 2021

Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]

Selanjutnya
23 February 2021
Khazanah suntik RM3.6b untuk penstrukturan semula Malaysia Airlines

Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram