Wah, lama kita tak dengar berita mengenai Gua Kelam. Rupa-rupanya ada 2 aktiviti baharu yang anda boleh lakukan disini .
Galeri 3D
Galeri 3D pertama di Perlis yang menelan belanja sebanyak RM150,000 telah dibuka di Gua Kelam !
Dengar cerita, galeri 3D Gua Kelam memang menawarkan konsep berbeza berbanding galeri 3D yang lain. Dikatakan Galeri ini merupakan satu pameran berbentuk penjelajahan dalam gua yang menerangkan khazanah hutan Malaysia melalui lima segmen pameran yang terdiri dari hutan Malaysia, flora, fauna dalam Taman Negeri Perlis, geologi dan sejarah perlombongan di Negeri Perlis serta pameran keunikan hutan yang diterjemahkan melalui gabungan pameran bahan grafik 3 dimensi (3D) yang diiringi bunyi- bunyi alam, pameran spesimen, artifak, replika gua dan banyak lagi. Menarik kan?
Kami dimaklumkan tiada bayaran dikenakan untuk memasuki galeri 3D ini dan para pengunjung cuma perlu menunjukkan tiket memasuki Gua Kelam .
Bagi yang berjiwa lasak pula , mungkin anda akan menyukai tarikan terbaharu yang ini, iaitu 'Flying Fox'. Aktiviti ini telah dibuka sejak 11 Januari 2020 yang lalu. Perkara paling kami tak percaya, bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini hanyalah RM5.00 seorang. Pening kami fikirkan macamana mereka ambil keuntungan sebab harga begini terlalu murah !
Sumber : Persatuan Mendaki Perlis (Perlis Climbers)
Nampaknya, Gua Kelam memang sepatutnya kembali dimasukkan ke senarai wajib pergi jika ke Perlis. Tiketnya murah dan aktivitinya menarik ! Memang berbaloi ! Kalau anda mahu lebih banyak info mengenai Perlis, klik disini.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]