Tarikan terbaru di FRIM Kepong ! Forest Skywalk bakal dibuka 31 Ogos 2020 !

Dikemas Kini: 28 Ogos 2020
Surga Route
FRIM
Sumber : FRIM

FRIM Kepong adalah singkatan kepada Forest Research Institute of Malaysia. Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di Kepong, kira-kira 16 km di barat laut dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. FRIM Kepong telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei 2012. Kini, FRIM Kepong sedang menuju ke arah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.  

Siapa masih ingat lagi antara tarikan lama di FRIM Kepong? Antara tarikan lama adalah canopy walk tetapi telah diberhentikan. Kini setelah 3 tahun, ‘Forest Skywalk’ (juga dikenali Jejantas Rimba) FRIM di Taman Botani Kepong (KBG) akan dibuka kepada orang ramai mulai 31 Ogos (Isnin).

Jejantas ini berukuran 18-50 m tinggi dan 250 m panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.

Sumber : FRIM

Apabila berada di atas jejantas, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah KBG, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur.

Di atas menara peninjauan 50 m pula, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.

Butiran lanjut termasuk waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut
?Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
?Jumaat: 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang
?Kemasukan terakhir: sejam sebelum penutupan

?Bilangan pengunjung setiap hari: maksimum 150 orang. Bagi kumpulan yang melebihi 10 peserta, tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh lawatan dan perkhidmatan jurupandu alam (nature guide) diwajibkan. Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): ?frim_enquiry@frim.gov.my/
☎️03-6279 7592/7596/7649].

?Pengunjung perlu memakai pakaian terutamanya kasut yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. ?Pengunjung juga perlu memastikan pematuhan SOP MKN semasa lawatan yang dikenakan di KBG (sila rujuk https://www.facebook.com/FRIMKepong/posts/3086598021375486).

Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, bayaran parkir dan kemasukan KBG juga dikenakan. Harga tiket seperti berikut:
?Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
?Kakitangan FRIM: RM 8
?Warga emas: RM 10 | *RM40
?Dewasa: RM 15 | *RM 40
?Caj tambahan untuk menara 50 meter?(terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
⛔?Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.

Mulai 31 Ogos juga, waktu operasi KBG akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 7.00 petang dengan kemasukan terakhir pada jam 6.00 petang.

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram