tasik pepsi blue lubuk mandi kawasan larangan namun bakal jadi kawasan tarikan

'Tasik Pepsi Blue' Bakal Dijadikan Tarikan Pelancongan Terengganu !

Dikemas Kini: 16 November 2023
Surga Route

Lubuk Mandi atau Tasik Pepsi Blue merupakan tasik buatan yang terhasil daripada aktiviti melombong secara mendulang emas yang suatu ketika dahulu sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. 

Namun, aktiviti melombong emas itu diarah dihentikan beberapa tahun lalu ekoran berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa pelombong termasuk tanah runtuh dan akhirnya dijadikan kawasan larangan. 

Namun, kebelakangan ini Lubuk Mandi kembali diperkatakan di laman sosial selepas terdapat beberapa individu yang memasuki kawasan tasik itu dan mengambil gambar. 

Disebabkan itu, Kerajaan Terengganu merancang untuk menjadikan Lubuk Mandi atau digelar sebagai Tasik Pepsi Blue, yang terletak di Mukim Rusila sebagai tarikan baharu destinasi pelancongan di negeri ini. 

'Tasik Pepsi Blue' Bakal Dijadikan Tarikan Pelancongan Terengganu !
Kredit : Mcdyeh

Namun, beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan sebelum tasik tersebut dibuka kepada pelancong, antaranya pemasangan pagar di kawasan berbahaya dan menaik taraf kemudahan laluan menyusuri hutan (jungle trekking).

Antara lokasi pelancongan yang dijadikan contoh adalah Kawah Putih di Bandung, Indonesia, sebuah tasik semula jadi yang muncul akibat letusan gunung berapi, yang kini menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

tasik pepsi blue lubuk mandi kawasan larangan namun bakal jadi kawasan tarikan
Kredit : aylanin

Jarak Lubuk Mandi yang berdekatan dengan Kuala Terengganu menjadikan ia lokasi yang mudah untuk dikunjungi pelancong bagi menikmati panorama dan merakam gambar berlatarbelakangkan tasik tersebut.

Lagipun pengunjung hanya perlu ‘jungle trekking’ kira-kira lima hingga 10 minit untuk sampai ke kawasan atas tasik bagi menyaksikan keindahannya. Berdekatan Tasik Pepsi Blue juga terdapat kawasan perumahan, jadi jalan untuk ke sini sudah cantik dan sesuai dilalui kenderaan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram