Slow and Steady ! Terengganu buka semula aktiviti pelancongan secara berperingkat selepas kemuncak COVID-19
Surga Route
|
12 June 2020
Sumber : Blog Traveloka
Kerajaan Terengganu akan membuka semula aktiviti dan lokasi pelancongan negeri ini secara berperingkat bagi menggerakkan semula sektor pelancongan Terengganu, bermula hari ini.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, buat masa ini, pihaknya sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif pelan pemulihan agar sektor pelancongan dapat dipulihkan dan kembali menjadi tulang belakang kepada ekonomi rakyat.
Bagaimanapun katanya, prosedur operasi standard (SOP) untuk penyedia penginapan iaitu hotel, resort, homestay (inap desa) dan pulau di Terengganu akan diperkenalkan, bersesuaian dengan normal baharu, amalan penjarakkan sosial dan penjagaan kebersihan yang optimum di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
"Selain membuka semua hotel, resort, houseboat dan homestay berdaftar, kita juga membenarkan semua aktiviti pelancongan seperti selam skuba, snorkeling, hiking, aktiviti bot di pulau dan tasik, paragliding, perkhemahan, riadah, membeli belah, aktiviti Taman Eco Rimba manakala lata rekreasi akan dibuka 15 Jun ini.
"Semua aktiviti jualan tiket, aktiviti bot, restoran, jualan umum dan lain-lain berkaitan di jeti-jeti ke pulau-pulau peranginan di dalam Terengganu dan Tasik Kenyir juga dibenarkan.
"Kita akan membuka semula Tasik Kenyir dan hotspot kawasan pelancongan di Tasik Kenyir seperti Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV), Taman Herba dan lain-lain hotspot bermula 12 Jun dan membenarkan aktiviti-aktiviti pelancongan seperti houseboat, perkhidmatan sewaan bot dan lain-lain," katanya dalam sidang media yang diadakan di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata, kerajaan negeri juga mengambil keputusan untuk membuka semula Taman Tamadun Islam, Drawbridge Tower, Zoo Kemaman dan lain-lain tempat umum manakala muzium negeri dibuka pada 16 Jun ini manakala muzium-muzium daerah, Rumah Warisan Haji Su, Kota Lama Duyong akan dibuka secara berperingkat.
Bagaimanapun, beberapa aktiviti masih belum dapat dibuka termasuk pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri, rumah terbuka dan apa jua aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai bersesak sehingga menyukarkan amalan penjarakkan sosial.
"Pemain industri dalam sektor pelancongan antara yang teruk terkesan sepanjang PKP ini, jadi pembukaan semula aktiviti pelancongan ini diharap dapat memulihkan kembali industri pelancongan negeri.
"Bagaimanapun, mereka harus mengikuti SOP ditetapkan dan akan ditambah baik dengan merujuk kepada SOP PKPP dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang akan dikeluarkan kelak.
"Pelancong juga dinasihatkan sentiasa mengamalkan normal baharu, penjarakkan sosial dan penjagaan kebersihan yang optimum dengan amalan mengelakkan '3S' iaitu suasana sesak, sempit dan sembang rapat," katanya.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]