thailand longgar sekatan, buka pintu kepada lebih ramai pelawat asing !

Thailand Longgar Sekatan, Buka Pintu Kepada Lebih Ramai Pelawat Asing !

Dikemas Kini: 23 Ogos 2023
Surga Route

Thailand bakal membuka pintunya kepada lebih ramai pelawat asing dalam usaha merangsang kembali sektor pelancongannya yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Jemaah menteri Thailand meluluskan pelan untuk memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari semua negara.

Sebelum ini STV hanya diberikan kepada pelawat dari negara berisiko rendah COVID-19, namun bilangan pelancong yang memanfaatkan kemudahan itu adalah rendah.

Bagaimanapun, semua pelawat asing harus mematuhi peraturan di bawah STV termasuk menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik tiba.

Di bawah STV , pelancong asing boleh tinggal di Thailand hingga sembilan bulan, namun mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti kuarantin alternatif serta memiliki insurans kesihatan yang merangkumi rawatan COVID-19 berjumlah AS$100,000.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram