Nampaknya, hasrat bakal jemaah haji dari Malaysia tidak kesampaian pada tahun ini apabila kerajaan pada 11 Jun memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hjirah ditangguhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengatakan bahawa keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020.

Beliau juga berkata, perkara itu telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi.

“Saya mengharapkan semua bakal haji untuk bersabar dan redha dengan keputusan ini. Sehubungan itu, TH akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan solat lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H sejurus selepas sidang media ini.Saya juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus berdoa agar Allah SWT menghilangkan wabak ini sepenuhnya dan memelihara dua Kota Suci Makkah dan Madinah dari sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, pada 11 Jun.

Zulkifli berkata, beliau telah bertemu dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia semalam bagi menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadat haji bagi Malaysia, untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh bin Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.

Selain Malaysia, Zulkifli berkata, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah Haji mereka adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei.

Dalam pada itu, Lembaga Tabung Haji (TH) akan menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1441H/2020M selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar jemaah haji negara ke Tanah Suci dan memulangkan semuala semua bayaran haji yang sudah dimasukkan mengikut kadar penuh ke dalam akaun pemilik Tabung Haji (TH) dalam masa terdekat.

Dengan penangguhan haji serta pemulangan wang ke dalam akaun pendeposit itu, mereka juga layak mendapat agihan keuntungan bagi tahun 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata, keputusan itu dibuat setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menangguh penghantaran jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia termasuk di Arab Saudi.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, keputusan Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pemergian kira-kira 31,600 jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci pada tahun ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan yang amat mengambil berat aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

"TH memohon semua bakal haji untuk bersabar serta menerima keputusan itu dengan reda dan terus berdoa supaya keadaan kembali pulih bagi membolehkan urusan haji diteruskan pada tahun depan.

"Lembaga Tabung Haji (TH) akan menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1441H/2020M selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak menghantar jemaah haji negara ke tanah suci atas faktor keselamatan dan kesihatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

"Penularan wabak Covid-19 menimbulkan risiko kesihatan awam yang serius di seluruh dunia."

"Wabak ini menjangkiti lebih 7.4 juta orang manakala lebih 418,000 terkorban. Keputusan menangguhkan pemergian kira-kira 31,600 jemaah haji Malaysia ke tanah suci pada tahun ini menunjukkan keprihatinan kerajaan yang amat mengambil berat aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Menurutnya, sehubungan dengan penangguhan ini, semua bakal haji yang giliran haji diperuntukkan pada musim haji 2020 akan diberi keutamaan untuk menunaikan fardu haji pada 2021.

"Bagi bakal haji yang gilirannya pada 2021, mereka akan turut diberi peluang tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa," katanya.

“Bagi bakal haji yang gilirannya adalah pada tahun 2021, mereka akan turut diberi peluang tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa,” tambah beliau.

TH berkata, semua bakal haji dimohon bersabar serta menerima keputusan itu dengan reda dan terus berdoa agar keadaan kembali pulih bagi membolehkan urusan haji diteruskan pada tahun hadapan.

jika ada sebarang kekeliruan, boleh lihat soalan-soalan lazim (FAQ) yang disediakan oleh pihak Tabung Haji disini

Kami Kongsi. Anda terokai

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
26 February 2021
Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021

Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]

Selanjutnya
25 February 2021
Malaysia Airlines mahu perkenal pas kesihatan perjalanan pasca COVID-19

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]

Selanjutnya
23 February 2021
Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]

Selanjutnya
23 February 2021
COVID19 berakhir pada awal 2022 - Pakar

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram