Tidak Boleh Rentas Negeri hingga selepas Aidilfitri - Ini cara untuk refund tiket ETS
Surga Route
|
11 May 2020
Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini.
Beliau berkata ini bermakna semua prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di bawah PKPB akan berkuat kuasa sehingga tarikh berkenaan. Beliau juga menegaskan bahawa perjalanan rentas negeri bagi menyambut Aidilfitri tidak dibenarkan.
Sehubungan dengan itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga telah memberi kelonggaran untuk pembatalan tiket tren ETS & perkhidmatan Keretapi Antarabandar. Sebelum ini, pembatalan tiket tersebut hanya sah bagi tiket perjalanan sehingga 12 Mei sahaja.
Namun kini, proses pemulangan atau 'refund' boleh juga dibuat bagi tiket perjalanan bertarikh 18Mac- 31 Mei 2020.
Proses untuk melakukan 'refund' adalah seperti berikut.
Sumber : KTM Berhad
Bagaimanapun, pemulangan tambang tiket selepas tarikh tersebut adalah tertakluk kepada prosedur sedia ada.
Soalan Kebiasaan
Sumber : KTM Berhad
Jika anda ada sebarang pertanyaan lain, kami syorkan anda untuk hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau emel mereka di callcenter@ktmb.com.my
Bagi yang tidak dapat balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama sana-saudara yang berjauhan jangan lupa untuk eratkan hubungan dengan saudara terdekat. Jangan sedih-sedih !
Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi membolehkan rangkaian pengangkutan udara global dan objektif strategik lebih bersedia menghadapi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata beliau turut mengulangi komitmen Kerajaan Malaysia untuk menyokong inisiatif ICAO dengan tumpuan khusus kepada […]
Sebelum ini kami pernah siarkan berkenaan insiden penghawa dingin yang tidak dapat dihidupkan dalam kabin pesawat milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dengan nombor penerbangan MH2710 yang sepatutnya membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 8 Mei lalu. BACA : Dibiar Kepanasan Dalam Pesawat Hampir 1 Jam, Penumpang Malaysia Airlines Kecewa 'Aircond' Tidak Berfungsi […]
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]