tiket flight

NAK TRAVEL SEMULA SELEPAS PKP, TAPI TIKET FLIGHT AKAN JADI LEBIH MAHAL ?

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Permulaan krisis
Kita semua tahu, COVID-19 telah diklasifikasikan sebagai pandemik disebabkan mudahnya virus ini berjangkit di seluruh dunia. Terpaksalah kita duduk di rumah diam-diam untuk beberapa tempoh. Pihak Autoriti seluruh dunia pula sudah cuba perkenalkan pelbagai Standard Operating Procedure (SOP) untuk orang ramai lalui kehidupan dalam pelbagai sektor dengan norma kehidupan baru. Tujuannya hanyalah satu, nak elakkan lebih ramai terkena jangkitan si Corona ni.

Penyelesaian :
Tak terkecuali, industri penerbangan yang main peranan penting dalam sektor pelancongan. Di Amerika, ada satu berita baik untuk lone ranger. Untuk masa depan, mereka memperkenalkan polisi Social Distancing (penjarakan sosial) walaupun dalam penerbangan. Antara caranya adalah ‘empty middle seat’ iaitu mengosongkan kerusi di bahagian tengah. Kiranya kalau ada susunan 3 kerusi, hanya akan diisi oleh 2 penumpang iaitu di kiri dan kanan. Ini memberi ruang yang lebih untuk traveler. Satu tiket ekonomi, yang lebih luas !

tiket flight dikosongkan
Sumber : Euroweeklynews.com

Akibatnya :
Tetapi, berita buruknya adalah kemungkinan harga tiket penerbangan akan menjadi berkali ganda lebih mahal. Ini kerana, kapasiti penumpang akan berkurangan tetapi modal bisnes mereka contohnya bahan bakar pesawat, caj 'parking', gaji staff, maintenance dan lain-lain tetap sama. Jadinya, untuk dapat balikan modal syarikat penerbangan tu, harga tiket yang perlu dibayar oleh seorang penumpang akan meningkat.

Kami berikan anda contoh mudah :

Situasi Sekarang :
Jika kos bagi satu penerbangan berkapasiti 236 orang adalah RM200,000. Maka , RM200,000 akan dibahagi dengan 236. setiap penumpang akan membayar RM 847.00 . Sudah tentu sistem jualan tiket penerbangan menggunakan dynamic pricing yang mana harganya tambang tidak tetap (mengikut kadar permintaan dan sebagainya). Konsep asasnya begitulah.

Situasi Akan Datang :
Tetapi jika hanya 2/3 kapasiti diisi iaitu iaitu kira-kira 157 penumpang. Maka , kos modal yang sama akan dibahagikan kepada hanya 157 penumpang. Menjadikan seorang penumpang perlu membayar lebih untuk menampung modal penerbangan iaitu kira-kira RM1,273.

Memahami perkara ini,  International Air Transport Association (IATA) ada juga buat bantahan pasal polisi ini mengatakan kalau 2/3 kerusi diisi disebabkan ‘empty middle seat’ ni, tambang bagi sesuatu perjalanan  boleh naik dari 43% hingga 54%. Wow !

Contohnya bagi perjalanan di Amerika Utara ,  hanya 2/3  tempat duduk diisi menaikkan harga tiket sebanyak 43% daripada $202 kepada $289. Kira-kira ini dibuat berdasarkan data dari penerbangan tahun 2019. Selain itu, banyak juga syarikat penerbangan yang bantah idea ini. Mereka kata pemakaian Face Mask pun sudah cukup .

Hanya ada beberapa Syarikat yang lebih proaktif contohnya Singapore Airlines yang mahu potong had kapasiti penerbangan kepada 50% sahaja. Wow, maksudnya penerbangan yang boleh angkut 400 orang pun, mereka akan bawa 200 orang sahaja.

Bagaimana di Malaysia ?
Di Malaysia, kami sudah carikan untuk anda polisi daripada 3 syarikat penerbangan utama. Malindo Air, Malaysia Airlines dan Airasia.

Malindo Air

Bagi Malindo Air, mereka dah beritahu bahawa social distancing sewaktu penerbangan akan dibuat tetapi macamana caranya tidak dinyatakan.

Malaysia Airlines

Malaysia Airlines pula beritahu yang mereka mengikut peraturan daripada Kerajaan Malaysia berhubung perkara ini, antaranya memastikan ada kekosongan diantara penumpang.

Air Asia

Carian kami di laman sesawang Airasia pulak tidak menjumpai polisi sedemikian, Cuma katanya inflight crew akan memakai Protective Equipment

KEMASKINI : Airasia umumkan mereka sedang mengkaji mengenai kenaikan harga tambang selepas ini. Artikel boleh dibaca disini.

Apapun, perkara ini masih belum dimuktamadkan lagi di Malaysia bagi penerbangan selepas PKP dan PKPB . Sama ada kerajaan dan syarikat penerbangan akan mengikuti saranan ini, atau akan ada U-turn dihujung hari?

Cuma apa yang kami tahu sekarang, Malaysia Airlines sedang giat melakukan soal selidik kepada penumpang mereka berkaitan hal ini. Satu tindakan terpuji dari pihak Malaysia Airlines yang tetap mengambilkira pandangan penumpang mereka.

Kita sebagai pengguna berdoalah kepada Allah supaya sentiasa hadiahkan keputusan terbaik. Jika  social distancing beserta tiket yang lebih mahal itu terbaik, maka terimalah. Duit boleh cari, nyawa mana boleh ganti ! Jika keputusan nanti sebaliknya itu terbaik, maka terima juga. Apapun, persediaan travel dengan norma baharu perlu dipersiapkan dari sekarang.

Jika, ada apa-apa perubahan, kami akan cepat-cepat kongsi, untuk anda terokai. Sebabtu kena terus ikuti kami, di Surgaroute !

Sekian dari unit berita work from home .

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram