Ramai tak tahu- Tiket Tren Thailand boleh dibeli 'online'

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Kami yakin ramai yang berkeinginan untuk melakukan 'overland trip' dari Padang Besar hingga ke Bangkok, atau lebih padu lagi kalau anda merancang untuk ke Chiang Mai menaiki keretapi. Tetapi, ramai juga yang masih menangguhkan niat tersebut sebab menyangkakan rancangan tersebut susah. Sebenarnya, bukannya susah tetapi ramai tak tahu informasi dan pembelian tiket keretapi Thailand, State Railway of Thailand (SRT) sebenarnya boleh dibeli hanya di rumah anda. Ya, di rumah anda !

Perkara ini bukannya baru lagi. Sebenarnya, bermula pada 1 februari 2017, pembelian tiket keretapi SRT boleh dilakukan secara atas talian ( online ). Anda perlu membuat tempahan 2 jam sebelum perjalanan dan boleh membuat tempahan akan datang dalam tempoh 90 hari sebelum perjalanan anda.

Jika dahulu kita perlu beratur lama di Padang Besar untuk membeli tiket masuk ke Thailand kemudian menunggu untuk pertukaran tren, sekarang anda boleh menjimatkan masa untuk melakukan tempahan tiket secara atas talian ( online ) di laman sesawang mereka disini . Mudah bukan. Macam biasalah, Kami Kongsi untuk anda Terokai !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram