Travel berseorangan sememangnya lebih senang. Bebas untuk pergi kemana yang kita mahu, tak perlu buang masa untuk tunggu orang lain bersiap, boleh tukar plan sesuka hati. Senang cerita kita bebas nak buat apa sahaja tanpa mengira hal dan perasaan orang lain!

Sumber: https://adventure-expertise.co.uk/

Anda juga perlu percaya bahawa travel bersama kawan/partner juga ada kelebihannya! Contohnya, 'travel partner' anda mungkin boleh memberi sokongan moral jika ada apa apa berlaku sepanjang travel nanti dan semestinya sebagai peneman anda berbual ketika menjelajah dan meneroka! Tapi ingat, anda tidak akan dapat pengalaman dan kelebihan ini jika anda memilih partner travel yang salah. Jom kita lihat apa ciri-ciri yang perlu anda pertimbangkan sebeluma anda terima seseorang untuk jadi travel partner anda.

1) Minat yang sama

Haaa, pastikan minat anda dan minat partner anda sama. Kalau anda jenis yang suka aktiviti lasak dan mencabar seperti masuk hutan, hiking, naik motokar dan sebagainya tapi partner anda jenis yang suka berjalan shopping sahaja. Kan susah tu? Kalau terpaksa split baik tak payah travel bersama kan?

Kalau anda tetap nak travel dengan orang yang taksama minat macam anda, kesannya ialah jadual percutian anda akan terganggu dan perasaan seronok tu serta merta hilang macamtu sahaja! Yelah, seolah olah kita syok sendiri pulak kan, kita suka tapi 'travel partner' anda tak suka.

2) Keupayaan dan tenaga

Anda juga kena ambil kira sisi keupayaan dan tenaga partner anda. Kalau partner anda jenis tak boleh berjalan lama atau berdiri lama kemungkinan besar susah sikit la semasa anda bercuti nanti. Kalau anda jenis backpackers anda mesti akan sedaya upaya 'minimize' segala benda contohnya dari segi pengangkutan. Anda mungkin akan banyak berjalan kaki sahaja ,ataupun akan naik pengangkutan awam dan kebarangkalian untuk anda dapat tempat duduk amatlah rendah. Jadi, memang banyak tenaga yang diperlukan. Kalau badan tahan okaylah taklah terjejas 'mood' nak berjalan-jalan tu.

3) Bukan 'queen control'

'Queen Control' ni jenis yang mengongkong dan kaki perintah orang aje. Haa selalunya orang bagi gelaran 'queen control' ni kat isteri je kan? Sebenarnya istilah ni valid untuk semua orang sebab ianya berkaitan dengan sikap kan. Kalau anda bercuti dengan orang yang macam ni, semua benda anda kena buat. Tengok maps, cari kedai makan best, angkatkan beg dan macam macam lagi. Semua nak ikut rentak dia. Takboleh la macamtu, kan kita bercuti dengan orang, kena la ada 'common sense' lebih sikit. Susah sama sama, senang sama sama gituu.

4) Tidak cerewet

Cerewet ni bukannya tak bagus langsung tapi ikut pada situasi dan tempat lah. Kalau anda jenis yang tak kisah sangat tapi partner anda jenis 'particular'. Susah sikitlah.. Cerewet ni contohnya cerewet bab makan, bab tempat tidur, bab pengangkutan ehhhhh semua lah! Stress betul. Cerewet sikit sikit takpa, kalau semua benda nak cerewet. Bye-bye lah.

5) Ada 'skill' fotografi

Haa ni penting . Jangan main-main. Nak berjalan meneroka dunia ni bukan selalu. Jadi, bila dah ada peluang dan ruang tu kita kenalah sekurang-kurangnya ada lah gambar yang lawa untuk dijadikan kenangan kan. Dah la bukan senang nak pergi, gambar pulak tak lawa. Memang spoil habis huhuhu. Bukanlah kita nak yang memang 'professional' ambil gambar nii, at least pandai adjust 'angle', 'brightness', tak 'shaking' , balance.Jangan lah ambil gambar macam orang tak ikhlas je huhu. Alaa, rata-rata orang at least ada kemahiran asas ambil gambar ni, kalau tak percaya cuba suruh dia try 'snap' view yang dia suka. mesti banyak kali adjust untuk dapatkan gambar yang lawa khenn?

6) "Lidah" yang serupa

Bab makan-makan ni jangan dibuat main. Memang boleh 'bad mood' dibuatnya. Misal kata destinasi anda adalah Hong Kong. Hong Kong terkenal dengan dim sum nya yang memang sedap tip top susah nak cari yang sedap kat Malaysia ni. Adalah kan tapi tak sesedap kat Hong Kong. Dibuatnya partner anda tak minat dim sum, tak ke haruuuu dibuatnyaaa. Jauh jauh datang tak dapat pulak makan makanan yang emmang ada kat situ je pulak. Sedih kann. Kalau paksa ajak, takbest la pulak rasa pentingkan diri pulak kan . Jadi, sebelum anda travel, anda bentangkan plan anda tengok partner anda setuuju ke tak dia okay ke tak kalau okay baru Onzz lahh.

7) Pengurusan wang

Pengurusan wang ni sangat penting ya. Dari sini kita boleh tengok orang tu jenis yang macam mana. Jenis yang nakkan percutian mewah ke, bajet ke, sederhana ke? Kalau anda nak yang bajet je tapi dia nak yang mewah-mewah. Susah jugak tu, takkanlah anda nak tidur ditempat yang berlainan? Makan di kedai atau restoran yang berbeza? Melawat tempat pun berbeza? Baik tak payah ada partner macamtu. Kita tak boleh paksa orang untuk ikut bajet kita. Mungkin ada yang tak mampu atau mungkin dia nak berjimat atau dah terbiasa mewah. Setiap orang lain-lain kan. Jadi, perhati dan bincang dengan bakal travel partner anda tu.

8) Fleksibel

Kalau anda dapat orang yang jenis fleksibel ni, anda memang sangat bertuah laa. Takda la isu cerewet cerewet ni. Maksudnya andai kata bila anda bercuti nanti ada plan yang terpaksa ditukar, dia akan okay je. Ataupun andai kata anda nak makan pizza tapi dia nak makan nasi, tapi dia 'join; je anda makan pizza . Takda gaduh-gaduh. Ada sikap toleransi jugak tu. Harini ikut tekak kita, esok kita ikut pulak tekak dia. Kan harmoni macamtu. Barulah seronok. Kalau bercuti pun stress takda beza la bercuti dengan tak bercuti kan. Huhu

Jadi itulah antara ciri-ciri yang anda perlu pertimbangkan sebelum anda pilih seseorang untuk menjadi 'Travel partner' anda. Hati-hati jangan sampai tersalah pilih !

Kami Kongsi. Anda Terokai

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
26 February 2021
Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021

Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]

Selanjutnya
25 February 2021
Malaysia Airlines mahu perkenal pas kesihatan perjalanan pasca COVID-19

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]

Selanjutnya
23 February 2021
Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]

Selanjutnya
23 February 2021
COVID19 berakhir pada awal 2022 - Pakar

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram