Anda pernah dengar mengenai Global Muslim Travel Index (GMTI) ? Ia adalah satu kaji selidik pertama yang paling komprehensif pernah dikeluarkan di pasaran pelancong Muslim.

Selain itu, laporan dari GMTI juga menggunakan data mendalam (in-depth data) untuk menerangkan bagaimana sektor pelancongan Muslim mempengaruhi pasaran pelancongan di seluruh dunia.

Kiranya, pasaran pelancong Muslim ini begitu sifnifikan di peringkat global sehinggakan banyak negara sedikit demi sedikit mengubah dasar pelancongan mereka menjadi lebih mesra Muslim.


GMTI ini mula diperkenalkan oleh Crescent Rating, iaitu badan autoriti halal peringkat dunia. Antara analisis mereka setiap tahun adalah markah keseluruhan bagi pelancongan Mesra Muslim di sesebuah negara yang diukur melalui beberapa kriteria antaranya adalah kebebasan beragama, keselamatan, kemudahan berkomunikasi dan sebagainya.

Markah keseluruhan pula menentukan kedudukan (ranking) negara tersebut di dalam Index Negara Paling Mesra Pelancong Muslim yang dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama adalah negara ahli Organisation of Islamic Cooperation (OIC), kategori kedua pula adalah negara bukan ahli OIC. Senang cerita, satu kategori negara Islam, kategori kedua adalah negara bukan Islam.

Dalam artikel ini, kami akan beritahu kepada anda TOP 5 negara bukan OIC (negara bukan majoriti Islam) yang paling mesra untuk pelancong Muslim berdasarkan GMTI 2019. So, boleh la anda pergi ke sini !


5) Taiwan

Taiwan mungkin adalah negara yang kurang dikenali oleh pelancong Malaysia berbanding negara jirannya seperti Korea Selatan, Jepun mahupun Republik Rakyat China (People Republic of China) , tetapi Taiwan berada di antara kedudukan teratas dalami penyediaan persekitaran perjalanan mesra Muslim di antara negara-negara bukan OIC.

Antara ciri yang menyumbang kepada penarafan tinggi ini adalah kebebasan beragama yang diamalkan oleh kerajaan negara ini. Pelancong dengan sangat mudah akan menemui ruang solat Muslim yang terdapat di banyak hub pengangkutan dan kawasan tarikan.

Contohnya kemudahan solat yang terdapat di lapangan terbang antarabangsa Taiwan, Stesen Utama Taipei, Stesen Kaohsiung, Stesen Hualien, Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taichung, kawasan lebuhraya dan di 13 'National Scenic Areas' .

Malah, di Lapangan Terbang antarabangsa Taiwan sahaja pun, anda akan mempunyai 3 buah ruang solat Muslim. Sesuatu yang amat mengagumkan bagi sebuah negara yang mempunyai komuniti Muslim kira-kira 0.3% sahaja dari keseluruhan penduduk. Ruang Solat yang berserakan di pelbagai tempat ini memberikan markah sebanyak 22 kepada Taiwan dalam kategori ruangan solat.

Pelancong Muslim ke Taiwan juga tidak perlu bimbang soal makanan halal. Sebabnya, terdapat begitu banyak restoran yang menyajikan makanan Halal di Taiwan, jadi anda tak perlu berlapar atau membawa terlalu banyak bekalan dari Malaysia yer. Keperluan makanan kita dijaga dengan baik , menjadikan mereka mencatat 55 markah dari sudut makanan halal dan mesra-muslim.


Senarai Restoran Halal di Taiwan disini

Selain itu, masih banyak kemudahan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan keagamaan sebagai Muslim. Taiwan terus berusaha untuk mewujudkan persekitaran perjalanan yang sangat mesra untuk rakan-rakan pelancong Muslim. Terbaik !


4) Jepun

Jepun mencapai markah 100 iaitu markah penuh bagi kebebasan beragama. Namun, hanya mencatat 22 markah bagi fasiliti untuk solat. Walaupun terdapat beberapa masjid dan ruang solat namun fasiliti tersebut hanya tertumpu di Tokyo sahaja.

Terdapat lebih kurang 15 buah masjid dan surau di Tokyo. Antaranya ialah Dar al-Arqam masjid, As-salaam Masjid, Shin Okubo Musallah, Internatioanal Passenger Terminal, Tokyo Camii & Turkish Culture Center, Takashimaya Shinjuku Store dan banyak lagi. Jadi nak solat bukan satu masalah besar di Jepun.



Jepun mencatatkan markah sebanyak 61 bagi kategori outreach iaitu kayu ukur penyampaian maklumat contohnya seperti panduan pelancong Muslim dan sebagainya. Antara yang aktif menyampaikan maklumat sebegini adalah pertubuhan Islam di Jepun.

Terdapat banyak pertubuhan Islam berdaftar yang terdapat di Jepun antaranya Islamic Center Japan, Japan Muslim Association, Japan Muslim Peace Federation, Japan Islamic Trust, Islamic Circle of Japan, Kanazawa Muslim Society, Tsukuba Muslim Resident Association, Islamic Culture Center Sendai dan Muslim Association of Kitakyush.

Selain daripada fasiliti dan kemudahan khusus Muslim, Jepun mendapat markah yang tinggi bagi kemudahan umum seperti faktor keselamatan dengan markah 94, iaitu antara yang tertinggi .

Selain itu, Jepun juga jaguh dalam kemudahan pengangkutan inklusif dengan markah 93, dan mengungguli kategori penggunaan teknologi bagi pelancong Muslim (digital presence) dengan markah 80. Jauh mengatasi negara-negara bukan OIC yang lain.


3) United Kingdom

United Kingdom berkongsi markah keseluruhan yang sama dengan Taiwan dengan Jepun. Ketiga-tiga negara ini mencatat markah keseluruhan sebanyak 53. Namun, United Kingdom mencatat markah yang lebih tinggi bagi kategori ruangan solat iaitu 72, dan restoran halal atau mesra Muslim dengan markah 70.

Menurut agensi berita BBC , terdapat kira-kira 1,750 masjid di sekitar United Kingdom yang mempunyai kira-kira 3 juta penduduk Muslim, atau 5% dari keseluruhan penduduk.

Yang menarik di United Kingdom, makanan halal amat mudah dijumpai. Bukan sahaja dari peniaga muslim kecil-kecilan, malah barangan daging halal juga boleh didapati di pasaraya.

Selain itu, beberapa restoran francais makanan segera (fast-food) ternama seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Subway mempunyai cawangan yang halal di sekitar United Kingdom ! Boleh melancong dan makan sedap-sedap !


2) Thailand

Walaupun minoriti tetapi Islam adalah agama ke-2 terbesar di Thailand sejak ia memasuki negara tersebut sejak abad ke-13 melalui jalur perdagangan. 80 peratus masyarakat Islam tinggal di dearah selatan Thailand seperti Pha Nga, Songkhla, Pattani, Satun, Jala dan Narathiwat. Sebahagian kecil lagi bermukim di kawasan tengah dan utara Thailand. 

Pembabitan Thailand dalam industri halal sangat pesat jika dibandingkan dengan peratusan penduduk Muslim di Thailand.

Bagi Muslim travelers, tentu anda mengetahui antara cara termudah mencari makanan halal di sebuah negara asing adalah dengan mengetahui lokasi masjid berdekatan. Ini kerana di situ terdapat komuniti Muslim yang menjalankan urusan seharian termasuk berniaga makanan halal dan barang keperluan harian Muslim.

Data rasmi menunjukkan bahawa di Bangkok sahaja, ada 160 masjid yang didirikan bagi keperluan sejuta umat Islam beribadah walaupun komuniti Muslim yang sedikit disitu. Memang mudahlah mencari makanan di Bangkok. Itu belum kira lagi di kawasan Selatan Thailand yang lebih ramai penduduk Muslim. Ini menjadikan Thailand mencatat markah 50 bagi kemudahan solat dan markah 55 bagi restoran makanan halal dan mesra pelancong muslim.


1) Singapura

Dengan markah keseluruhan sebanyak 65, Singapura menjadi negara bukan OIC paling mesra buat pelancong muslim. Singapura juga menduduki tangga ketiga dari segi komunikasi dengan para pelancong Muslim (75 markah).

Selain itu, Singapura mencatat markah tertinggi kerana mempunyai persekitaran yang mampan bagi menyokong golongan pelancong muslim iaitu iaitu mempunyai persekitaran yang selamat (97 markah) , tiada halangan beragama dan kebebasan untuk Muslim beribadah dan terus mengamalkan agama mereka (100) markah.

Bagi ruangan atau fasiliti untuk solat buat pelancong Muslim, Singapura mencatat 70 markah manakala kemudahan mencari makanan halal dan mesra muslim 85 markah.



Selain itu, kemudahan umum di Singapura juga adalah antara yang terbaik iaitu pengangkutan awam 99 markah, fasiliti yang memudahkan pelancongan muslim di lapangan Terbang 67 markah ,

So, macamana? ke sini ker kita?

Muat turun Laporan lengkap disini

Jumpa lagi untuk lebih banyak artikel menarik di Surgaroute

1 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
26 February 2021
Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021

Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]

Selanjutnya
25 February 2021
Malaysia Airlines mahu perkenal pas kesihatan perjalanan pasca COVID-19

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]

Selanjutnya
23 February 2021
Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]

Selanjutnya
23 February 2021
COVID19 berakhir pada awal 2022 - Pakar

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram