Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula .

Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap tirainya pada 15 Mac lalu namun terpaksa ditangguhkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan berikutan pandemik Covid-19.

Setelah berjaya menarik lebih 1,500 penyertaan secara purata pada siri-siri sebelumnya, pertandingan ini merupakan acara memancing terbesar yang pernah diadakan di Malaysia. Selain menceburi niche pelancongan yang popular dengan penduduk tempatan, Tourism Malaysia berharap pertandingan ini dapat menggalakkan rakyat dari setiap negeri untuk menerokai pantai-pantai di seluruh negara sebagai destinasi pelancongan, di samping menjana ekonomi hiliran daripada aktiviti memancing, seperti jualan umpan dan peralatan memancing serta menyemarakkan semula perniagaan tempatan.

Siri kedua TMST2020 akan berlangsung di Pantai Sri Lalang Laut, Mersing, Johor dengan pematuhan kepada SOP yang disediakan. Acara ini juga telah mendapat kebenaran untuk diteruskan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan SOP yang berkaitan.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM35,000, manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000. Hadiah wang tunai turut disediakan kepada pemenang sehingga tempat ke-80.

Lokasi seterusnya untuk siri ini ialah di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang yang dijangka akan diadakan pada 18 Oktober, diikuti Pantai Remis, Kuala Selangor pada 6 Disember dan siri terakhir di Pantai Puteri, Melaka pada 27 Disember 2020.

Yuran penyertaan adalah RM100 untuk satu joran bagi peserta awam manakala peserta kelainan upaya (OKU) diberi diskaun 50% (RM50), dengan setiap peserta dibenarkan mendaftarmaksimum 2 joran sahaja.

Pertandingan adalah berkonsepkan “Sapu Bersih” di mana seorang peserta layak memenangi lebih daripada satu hadiah yang ditawarkan. Penganjur juga menawarkan sehelai kemeja-T untuk 1,000 peserta yang terawal mengesahkan penyertaan.

Penganjuran acara ini akan mengikut SOP pertandingan yang ketat seperti yang digariskan di www.wakjalitour.my. Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan butiran penuh dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang pertandingan.

Kami Kongsi, Anda Terokai

Sumber : Tourism Malaysia

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
12 March 2021
Taman Persahabatan Selangor-Jepun bernilai RM3.8 Juta mula dibuka

Setelah pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun tergendala akibat COVID-19, akhirnya orang ramai berpeluang juga mengunjungi taman yang terletak bersebelahan Dataran Kemerdekaan Shah Alam tersebut. Ia diharap dapat menjadi mercu tanda baharu di Selangor seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ! Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata taman yang menelan belanja RM3.8 […]

Selanjutnya
10 March 2021
Farm Ville Cafe & Homestay. Menginap dalam kontena di tengah sawah padi !

Jika anda mencari tempat yang santai dan mahukan persekitaran jauh dari kota , haa meh tengok perkongsian dari Cik Sara mengenai percutiannya ke Farm Ville Cafe & Homestay yang terletak di Sekinchan, Selangor. Menariknya di Farm Ville Cafe & Homestay ini adalah anda dapat merasa pengalaman tidur dalam kontena ! Ditambah pula dengan pemandangan sawah padi yang […]

Selanjutnya
10 March 2021
Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji selepas COVID-19 reda

Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji secara rasmi untuk jemaah Malaysia. Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di Riyadh. "Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada […]

Selanjutnya
9 March 2021
Pelancongan Rentas Negeri PKPP Dibenarkan, Hanya Menggunakan Kenderaan Pelancongan Berdaftar

Kerajaan telah mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari sesebuah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain. Bagaimanapun, kebenaran pergerakan merentas negeri itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat jawatankuasa teknikal meluluskan cadangan Kementerian […]

Selanjutnya
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram