tukar penerbangan

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan

Dikemas Kini: 20 Ogos 2022
Surga Route

Kadang-kadang bila ada promosi tiket penerbangan, kita main sambar sahaja tanpa semak jika kita ada urusan atau apa-apa hal pada tarikh tersebut. Kadang-kadang ada juga urusan kecemasan yang perlu diselesaikan memaksa kita untuk menukar masa dan tarikh penerbangan.

Jadi, nak buat macamana? Patut ker kita biarkan tiket penerbangan tersebut burn begitu saja?

Haaa, untuk penumpang syarikat penerbangan AirAsia tak perlulah biarkan tiket anda hangus sebab anda boleh menukar tarikh tiket penerbangan anda secara atas talian, dengan syarat anda perlu ada akaun Air Asia yang membolehkan anda untuk menguruskan tempahan.

Langkah ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Linda Livan George melalui satu hantaran miliknya pada yang telah mendapat 20,000 perkongsian.

Menurutnya, untuk menukar tarikh tiket kapal terbang, tiket tersebut mestilah selewat-leawtnya 48 jam sebelum waktu penerbangan dan pastikan anda belum mendaftar masuk (check-in).

Cara ini boleh mengelakkan tiket anda daripada hangus, tetapi tidak bermakna langkah ini percuma ya. Ada caj dikenakan, tetapi sekurang-kurangnya lebih elok berbanding rugi tak dapat terbang dan kena beli tiket baru pula.

Bagaimana Cara Meminda Tarikh Penerbangan ? Ikuti Langkah Dibawah :

Langkah 1 : Edit Itinerary > Change/Upgrade Flight

Pertama sekali, anda wajiblah log masuk ke akaun AirAsia yang sama ketika anda membuat tempahan terdahulu. Kemudian klik 'Manage Booking'.

Paparan seperti gambar di bawah akan keluar. Dalam pilihan edit itinerary anda boleh change/upgrade flight atau split booking. Klik change/upgrade flight.

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan
Kredit Gambar : Linda Livan George

Pastikan penerbangan asal anda bukan dalam masa 48 jam dari waktu anda ingin menukar penerbangan. Kalau 48 jam atau kurang, tulisan merah seperti di bawah akan keluar bermakna anda tidak boleh menukar penerbangan secara atas talian. Sebaliknya, anda perlu ke kaunter untuk urusan lanjut.

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan
Kredit Gambar : Linda Livan George

Tapi, dalam kes ini pengguna mahu menukar tarikh penerbangan sewaktu pulang. Jadi, tiada masalah disebabkan lebih 48 jam. Tandakan pada kotak penerbangan balik kemudiannya klik 'Next'.

Langkah 2 : Pilih Tarikh Penerbangan Baharu

Selepas itu paparan seperti ini akan keluar. Untuk kes ini, memang ada satu penerbangan saja dalam sehari. Jadi tak boleh tukar masa pun, hanya boleh tukar tarikh saja. Kalau kes anda mungkin lebih banyak penerbangan bergantung kepada laluan dan destinasi. Pilih tarikh yang anda mahu tukar dan klik continue.

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan
Kredit Gambar : Linda Livan George

Langkah 3 : Pilih Penambahan Lain (Jika Ada)

Paparan seterusnya adalah pilihan untuk penambahan lain seperti pembelian makanan, pemilihan tempat duduk, insurans, hotel, bas dan red carpet sebagai penambahan. Sekiranya anda mahu membuat penambahan, klik ruang yang disediakan dan klik continue. Kalau taknak, boleh jer klik 'continue' terus.

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan
Kredit Gambar : Linda Livan George

Langkah 4 : Lihat Kos Baharu

Selepas selesai membuat penambahan, satu paparan akan keluar menunjukkan harga tiket terbaru anda. Seperti di atas, harga tiket sebelumnya ialah RM318.90. Caj yang dikenakan untuk pertukaran tiket adalah sebanyak RM139.62. Bermakna kos penambahan RM139.62 perlu dibayar.

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan
Kredit Gambar : Linda Livan George

Langkah 5 : Semak Semula & Bayar

Baca semula semua maklumat penerbangan anda supaya tiada kesilapan yang akan merugikan kita nanti. Kalau semuanya okay, boleh tandakan pada terma & syarat kemudian pilih cara bayaran yang ingin anda lakukan.

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan
Kredit Gambar : Linda Livan George

Langkah 6 : Selesai !

Selepas bayaran baharu dibuat, satu paparan akan keluar menunjukkan tempahan anda sudah berjaya. Harga keseluruhan tiket juga dipaparkan.

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan
Kredit Gambar : Linda Livan George

Berbaloi Atau Tidak ? Ini Perbandingannya

Sebelum ini harga tiket penerbangan pada tarikh asal (16hb) adalah RM189. Katakanlah tiket itu dibiarkan hangus dan pengguna ini membeli tiket baharu pada harga RM260.06. Bermakna kos keseluruhan untuk satu tiket yang perlu dibayar oleh pengguna ini dari Singapura ke Miri adalah RM449.06.

Sedangkan jika membuat perubahan tarikh seperti yang diajarkannya. Dia hanya perlu membayar tambahan RM139.62 dari kos asal.

Tukar Tarikh Tiket Penerbangan ? Ini 6 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan
Kredit Gambar : Linda Livan George
5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram