AirAsia Unlimited Pass untuk domestik berbaloi ker tidak? Kami kumpulkan 5 pandangan dan perkongsian

Dikemas Kini: 15 Jun 2020
Surga Route

Biasalah kan, benda bukannya seringgit dua, beratus-ratus juga. Kalau nak belikan untuk ahli keluarga lagi banyak perlu kira. Jadi, kita kena tengok juga berbaloi atau tidak kita belanja duit untuk AirAsia Unlimited Pass ini. Di hari terakhir jualan, kami kongsikan kepada anda beberapa pandangan yang ditemui di laman Facebook (muka buku)

Rahman Imuda (aktivis sosial)

 tak ada beza dari biasa setelah aku masukkan promo code.

Kata aktivis berasal dari Tawau ini, beliau ketawa apabila harga yang ditawarkan bagi sesiapa yang memiliki pas tersebut tidak mempunyai perbezaan dengan harga biasa.

Beliau faham bahawa ada waktu-waktu promosi tertentu dan ada laluan tertentu tetapi bagi orang yang mempunyai laluan tetap seperti beliau , kemungkinan tidak akan menjumpai promosi.

Berbeza pula dengan sesiapa yang hanya ingin bercuti-cuti dan akan sambar sahaja ke mana destinasi, mungkin pas ini berbaloi.


Page Pemburu Tiket Murah

Rasa best sebab tak perlu nak fikir harga tiket flight turun naik bila guna AirAsia Unlimited Pass ni.

Bagi Pemburu Tiket Murah, memang ada 'trick' untuk dapatkan penerbangan yang 100% diskaun. Antaranya mencari penerbangan hari-hari yang orang putih panggil 'off period' . Bagi mereka , pas ini memang sesuai untuk golongan yang :

  • Orang yang selalu berulang-alik dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung
  • Orang yang selalu balik kampung
  • Memiliki jiwa travel yang meronta-ronta nak berjalan
  • Orang yang suka buat trip balik hari
  • Mereka yang mempunyai flexibility dari segi masa dan tarikh cuti
  • Bujang atau berpasangan
  • Annual leave yang banyak

Antara golongan yang tak sesuai untuk mendapatkan unlimited pass ini adalah :

  • Traveler yang mempunyai kekangan masa dan susah nak dapat cuti.
  • Orang yang hanya akan balik pada pada musim raya, cuti umum dan cuti sekolah sahaja
  • Mereka yang tiap kali bercuti akan bawa anak (tiada pas kanak-kanak)
  • Mereka yang tiap kali nak travel akan bawa rombongan Cik Kiah


Nur Masyita Atiqah

Pass ini boleh dikatakan berbaloi jika anda kerap menggunakan perjalanan dengan AA.

Bagi beliau , unlimited pass ini boleh dikatakan berbaloi jika anda memang selalu membuat perjalanan dengan Air Asia, tetapi Namun perlu diingat, pass ini tidak tersedia setiap hari dan masa. Mungkin pada waktu tertentu yang anda perlukan, pada hari tersebut tiada seat penerbangan untuk pass ini dan anda perlu membayar harga normal.

Beliau siap beritahu apakah kelemahan unlimited pass ini, antaranya adalah :

  • Tak semua date dan waktu available. Biasanya waktu awal pagi & waktu malam. Ada hari yg tiada 100% jadi tak boleh guna pass & kena bayar harga biasa jika nak fly hari itu juga.
  • Setiap tempahan tidak boleh dibatalkan. Jika anda NO SHOW sebanyak 3 kali bagi penerbangan yang ditempah, pass ni akan burn.
  • Tidak boleh digunakan untuk bawah 12 tahun, jadi kurang sesuai untuk yang berkeluarga.
  • Limited seat. Jika seat 100% dah habis, harga back to normal. Sama macam konsep zero fare. Indirectly, jika anda plan utk fly dengan orang lain yg juga pengguna pass ini, ada kemungkinan salah seorang sahaja yang dapat membeli dengan harga pass, manakala yang lain terpaksa bayar dengan harga normal. Bergantung kepada ketersediaan seat - hanya AA yang tahu ?


Noor Hafiezah Hamzah

kalau beli, pastikan boleh fly time weekdays.

Bagi beliau , secara mudahnya Air Asia tak buat unlimited flights pun disbabkan tak semua flights, tarikh & masa ada promsi. Contohnya, semasa hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah memang kemungkinan besar tak ada promosi. Jadi, kalau anda mahu beli pastikan anda boleh terbang pada hari bekerja.


Zulhilmi Ramli

sesuai untuk orang persorangan yang perlu sentiasa travel ke sesuatu tempat dan mempunyai waktu yang flexible. Tidak sesuai untuk keluarga yang pergi melancong disebabkan tiket limited.

Kata beliau, ini bukanlah pass untuk melancong di dalam negara mengikut tarikh penumpang, tetapi perlu mengikut tarikh airasia untuk dapatkan tiket percuma. Bagi beliau, pass ini memang tak sesuai digunakan untuk melancong.

Tambah beliau lagi, pass ini sesuai untuk seseorang pergi ke sesuatu destinasi dan balik hari dan mempunyai tarikh yang fleksibel

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram